Wednesday, 27 July 2011

Donut ku Bukan Dunkin Donut atau Big Apple Donut

Assalamualaikum,

Hari aku terajin la pulak mengN3 dua kali hee...
Donut aku buat ni sebab anak aku merengek2 nak makan donut
Pebret anak pompuan aku makan donut yang aku buat kalau Dunkin Donut atau Big Apple Donut jangan mimpi dia nak makan.
Tapi aku suka makan Big Apple Donut sebab donutnya ada banyak toping yang menyelerakan bagi aku terutamanya toping coklat, anak aku tak suka tak apa aku makan satu box sorang2.
Donut yang aku buat sendiri anak aku makan banyak2 sebab dia memang suka donut yang tabur gula, makan la janji dia suka aku pun suka.



Yis untuk buat donut tengah membuak2 tuang dalam adunan tepung dan uli la tepung sekuat tenaga yang ada



Tambah kentang lenyek dalam adunan donut untuk bagi donut lebih gebu dan tak keras bila sejuk



Bila dah siap uli dan adunan doh donut dah naik bentukkan la dengan acuan donut. Jangan gelak donut aku ni tak cantik. Goreng dengan api perlahan kang kalau api kuat donut cepat hitam.



Tengok donut aku ni walau dah tabur gula tetap nampak hitamnya, takpe janji sedap. Yang bulat2 cam cekodok tu hasil kerja tangan anak pompuan aku nak donut bulat katanya layan jer la.

1 comment:

Cik Ina Do do Cheng said...

lenkali cik ina nak bubuh kentanglah. tak pernah buh sebelum ni. dik , cik ina suka hitam cam tu, kalau kat luar kekadag tak lalu donut putih sangat, cam tak masak pun ada.