Friday, 22 July 2011

Stew Daging

Stew daging ni aku masak malam tadi, pebret anak pompuan aku nih. Kalau masak daging memang dia suka sangat2. Stew daging ni makan ngan bubur nasi jer, berangan jadi orang Korea pulak bila makan cenggini.

Goreng dulu daging yang digaul dengan lada hitam yang ditumbuk selama 15 minit, kemudian angkat.


Tumis bawang besar yang dipotong dadu, bawang putih yang diketuk dan halia ketuk sehingga agak layu. Sepatutnya tumis sekali ngan daun salam tapi tak de aku belasah je tak letak. Kemudian masukkan tepung gandum yang dibancuh dengan sedikit air.


Masukkan daging yang telah digoreng tadi dan gaul rata


Tambah air secukupnya dan reneh daging sampai empuk dan lembut. Masukkan sekali rempah bunjut sup tulang.


Bila daging sudah lembut masukkan kentang, lobak merah dan batang saleri dan reneh lagi sampai sayuran tadi empuk dan kuah menjadi pekat. Masukkan tomato yang dibelah empat dan akhir sekali tambah garam dan perasa. Aku guna kiub ayam ganti serbuk perasa. Bila dah masak tutup api. Stew daging ini sedap dimakan begitu saja atau makan dengan nasi panas2. Nak makan ngan roti pun sedap.



 Makan stew daging ngan bubur nasi, sebab ada orang sakit gusi dan ada sorang budak demam dan sakit tekak. Dah tiga hari en. suami minta makan bubur nasi jer sebab sakit gusi nak nak mengunyah heee.. aku plak pening kepala nak pikir lauk apa nak makan ngan bubur nasi.

1 comment:

Cik Ina Do do Cheng said...

cicah roti sodap tu. senang je kalau time tengah sakit gusi atau budak demam cam tu masak stew atau sup je.tekak lalu sikit.