Saturday, 9 July 2011

SARDIN


Masak  sardin la yang paling senang dan dah pasti sedap. Kenapa ya sardin ni sedap? Aku suka makan sardin ni dengan nasi panas2 pastu mesti ada telur dadar pehhh mesti makan nasi beertambah2, suami pun suka makan camni. Sebenarnya dia yang ajar makan camni. Anak aku plak suka makan roti cicah sardin. Kalau buat sardin roll pun lagi la satu famili suka makan.

Teringat aku masa mula2 kawin dulu sardin la jadi makanan kami suami isteri tiap2 hari. Bukan apa sebab kami tak mampu nak beli lauk lain masa tu heee... lagipun aku belum pandai masak masa tu. Ceh nak mengimbau kenangan lama ni... masa baru2 kawin dulu mana ada duit anak pun tak de lagi, kami makan nasi lauk sardin pun dah rasa bahagia. Bila balik kerja jer aku mesti singgah kat kedai beli sardin untuk masak malam, sardin tin kecik jer boleh makan dua kali untuk malam dan sarapan pagi jimat tu.

Sekarang dah senang sikit dan aku pun dah pandai masak takde la makan sardin hari2. Tapi sardin tetap jadi peberet kami semua. Selalu buat sambal sardin dan kadang2 masak kari sardin. Kalau orang tanya makanan apa yang jadi pengikat hubungan aku suami isteri jawabnya adalah SARDIN penuh dengan memori.

3 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

sardin forever dik. tak de idea nak masak, sardin gak jawapannya. baru bercadang nak masak sardin hari ni.

ibh said...

Kikikikiii..masak sardin la senang..time malas..sadian la jadi pilihan..ya dak?...heee

wana said...

Sardin kaya dengan minyak omega..Sedap dan berkhasiat : ANEKA RESEPI TERKINI