Tuesday, 19 July 2011

Milk Shake


21 biji golden kismis
3 biji tamar
1 sudu madu
7 biji badam
500 ml susu segar
Blend kismis, tamar madu dan badam bersam sedikit susu segar dahulu untuk menghancurkannya kemudian tambah baki susu yang selebihnya. Tambah beberapa ketul ais untuk rasa yang lebih menyedabkan tekak.
Milk shake ini sesuai diminum ketika bersahur kerana ia mengandugi segala zat2 yang diperlukan oleh tubuh ketika berpuasa. Anak buah saya kata dia tak rasa lapar kalau minum milk shake masa bersahur. Cubalah sendiri.

Milk shake ini juga sesuai diamalkan oleh ibu2 hamil yang mengalami masalah kekurangan hemoglobin atau anemia. Percaya tak saya amalkan minum milk shake dan dan kandungan Hb saya telah meningkat berbanding dengan hanya makan pil vitamin dan iron yang dibekalkan doktor pada saya. Untuk ibu2 hamil yang mengalami masalah anemia seperti saya silalah cuba minum milk shake ini selain sedap diminum, ia juga bagus untuk perkembangan otak untuk bayi dalam kandungan. Orang tak hamil pun boleh juga minum tau.

2 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina kalau pegi ke luar mesti oder milk shake vanilla tuk Firdaus ngan diri sendiri.milk shake mahal .rugi ej beli sebab kalau buat senang je kan.cik ina teringin nak buat sendiri milk shake nanti nak ambik resepi yang ko bagi ni.

Rina Rahamat said...

wah berrkhasiat sungguh minuman ni..dr segi kandungannya mcm sesuai gak utk ubat org tidur berdengkur..

dulu ms pregnant pon sy kurang darah..next time kalau kena lg bolehlah buat resipi ni..