Sambal tahun ni adalah makanan wajib yang selalu ada time raya dalam famili aku. Orang melayu kat Sabak Bernam memang pakar dalam memasak sambal tahun ni. Sapa pernah makan mesti tau camane rasanya. Untuk orang yang gilakan kepedasan cili api ni la masakan yang sesuai mesti meleleh air mata.
Hari tu masa masa balik umah mak kat Sekinchan aku sempat la belajar masak sambal tahun ni. Saja nak belajar sebab tahun ni aku kena beraya kat kampung suami. Dulu2 tau makan je malas nak belaja buat sebab orang masak lagi sedap pada aku. Aku berazam nak masak sambal tahun raya nanti kat kampung suami aku tu nanti takde la aku teringat raya kat umah mak pulak, eceh cam tak biasa je raya diperantauan heee... puasa pun belum dah sibuk berangan nak raya.
Sapa nak cuba buat sambal tahun leh la ambik resepi aku ni.
Bahan2
500g kulit lembu dah siap proses dihiris memanjang
1kg kerang ambil isinya jer kulit tak mo
lengkuas muda di hiris memanjang (banyak lagi sedap)
semangkuk cili api kampung biar sebiji2 (lebih pun tak pe)
15 biji bawang merah dihiris (bawang besar pun boleh guna tapi jgn sampai 15 biji plak)
10 biji bawang putih dihiris (sesetengah orang main ketuk2 je)
kelapa setengah biji ambik santannya
cara2 masak
tumis bawang merah dan bawang putih sekejap tak perlu garing.
masukkan hirisan lengkuas muda, gaul2 sebati dengan bawang
masuk air sedikit sahaja untuk lembutkan lengkuas
masukkan kulit lembu dan masak lagi
masukkan cili api
masukkan santan
masak lagi sampai santan pecah minyak
masukkan isi kerang
perasakan dengan garam dan pak aji
dah masak tutup api
Sambal tahun ni kalau baru masak dia punya rasa tak sedap lagi, tapi bila dah biar semalaman dia punya rasa akan jadi lebih sedap. Lagi lama lagi tambah sedap tapi kena panaskan la tiap2 hari kang basi pulak. Agak2 boleh makan sampai setahun kut sebab tu namanya sambal tahun. Tapi aku rasa tak sampai setahun dah abis kena ngap.
Kalau hari raya sambal tahun ni orang makan dengan ketupat yang kelonsongnya dianyam dari daun kelapa baru ada feel anak tekan nak makan. Ketupat segera tu kalau rasa dah malas sangat nak anyam kelonsong ketupat baru la boleh beli. tapi seyes ketupat tradisi lagi sedap. Pesal plak aku cerita ketupat ni heee.
4 comments:
sambal tahun tak pernah dengar, tapi masa bukak blog ni, kawan cik ina kata sambal ni sedap mak mertua dia selalu buat.
Sambal tahun ni masakan org2 jawa je..org melayu x tau masakn ni...
Ni org jawa punya menu. Sekinchan kompem jawa
Dulu tak pandai makan...ayah mertua tempah dengan makcik ...perghh pedas gila...tapi sedap..
Skrg dh pandai makan...
Post a Comment