Thursday, 30 June 2011

Tergamaknya...

Assalamualaikum,

Sebenarnya aku menulis N3 hanya sekadar untuk mengingatkan kepada kaum2 wanita khususnya yang bergelar ibu. Ini adalah berdasarkan apa yang berlaku di depan mata aku sendiri bagaimana seorang wanita boleh melahirkan anak tetapi tidak boleh untuk membesarkan anak mereka sendiri. Macam mana tu ek? Aku tak kisah kalau wanita tu berkerjaya tapi jangan la sampai menjadikan kerjaya sebagai penghalang untuk membesarkan anak sendiri. Tak salah memiliki pembantu rumah untuk memudahkan kerja2 rumah tetapi jangan la sampai tugas membesarkan anak2 diserahkan 100% kepada pembantu rumah. Kalau macam tu sekali macam mana kalau tugas2 isteri utk suamipun serah kat pembantu rumah tak ke haru dibuatnya.

Satu lagi yang aku cukup tak berkenan bila bagi anak kat mak atau mak mertua untuk dijaga. Wanita spesis ni aku cukup geram. Ada ke patut mak kita atau mak mertua kita tu dah la melahirkan kita, boleh pulak membesarkan kita sampai kita ni berjaya tapi kita ni baru ada anak sorang dah bagi kat mak suruh belakan. Memang tak patut. Sepatutnya hari2 tua mak @ mak mertua kita dihabiskan untuk bermanja2 dengan anak cucu bukan dihabiskan dengan membasuh kencing berak cucu. Benda ni berlaku pada seorang hamba Allah yang takde la hebat sangat pada aku sebab sekadar kerja gomen je, anak baru sorang tapi maknya yang dok bela hujung minggu baru dia ambil, kalah ibu tunggal yang terpaksa bergilir2 bela anak dengan bekas suami. Walau apa alasannya aku memang susah nak terima. Insafkan la makhluk Allah ni.

Aku boleh terima kalau wanita berkerjaya hantar anak2 mereka ke Nursery atau hantar anak mereka ke rumah pengasuh. Bagi aku itu lebih baik. Sebabnya bila hantar ketempat2 tu secara tak langsung mereka akan cepat teringat kat anak dan boleh cepat2 balik nak ambil anak. Bagi aku cara ni lebih bagus sebab wanita berkerjaya boleh urus anak dan rumahtangga sendiri. Cara ni boleh dapat menghasilkan masa yang berkualiti untuk anak2 dan suami.

Aku ni bukan la wanita yang sempurna sangat atau penyayang sangat untuk anak2 dan suami. Aku ni seorang yang garang pada anak2 aku dan agak kasar dengan suami, tapi syukurlah sebab rasanya takde lagi keperluan keluarga aku terabai sebab aku adalah seorang Fulltime surirumah yang berjaya. Lagipun suami aku lebih suka aku jadi pengurus rumahtangga sendiri dari aku jadi pengurus kat pejabat, maka kusimpan ajela ijazah pengurusan yang aku ada untuk aku tunjukkan pada anak2 aku bila diorang besar nanti.

Minta maaf la pada sesapa yang terasa dengan apa yang aku tulis ni, aku sekadar meluahkan apa yang aku rasa tak betul pada sudut pandangan aku. Sama2 la kita perbetulkan kesilapan kita sebagai seorang insan yang lemah. Hargailah ibu kita walaupun hari ini bukan hari ibu.

2 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

kalau mak rela nak jaga tak pelah. cik ina pun sama ngan ko tak setuju, waima cik ina keja , tak pernah bagi mak jaga. terpikir dari kecik mak kita susah payah jaga kita , cukup time bila dia dah tua plak kena jaga cucu. cian dia, baiklah usia emas dia dihabiskan massa tuk beribadat dari jaga cucu.

gerhana luka said...

sama la cik ina, walau terdesak sekalipun saya rasa tak tergamak nak minta mak jaga cucu sbb anak2 saya ligat.