Thursday, 9 June 2011

Anak Batuk, Mama Selsema

Assalamualaikum,

Uhh! hari ni badan rasa tak sihat kena selsema, anak2 plak batuk akibat minum ais. Anak sulung aku ni sensitif sikit dengan minuman sejuk bila dah minum mula la batuk bagai nak rak. Mak sedaranya belanja makan KFC anak aku ni siap bagi tau awal2 nak air gas dia punya minum tak ingat dunia bangun pagi dah tebatuk2. Anak2 aku ni jenis senang makan ubat so tak de la susah aku nak memaksa diorang makan ubat. Sampai anak yang kecik ni penah masuk ICU gara2 minum sebotol ubat demam macam minum vitagen. Dekat seminggu menjaga anak kat spital gara2 over dos ubat demam.Ubat2 ni semua aku sorok tak mo bagi anak nampak nanti dia ambik togok sendiri, aku takut peristiwa lama berulang kembali.



ni masa umur baby 1 tahun 7 bulan, over dos ubat demam. Tak demam tapi dia minum ubat demam macam minum vitagen sudahnya kena tahan kat ICU. Masa ni aku tengah sibuk masak rendang nak makan ngan pulut kuning permintaan mak mertua, baby senyap2 bukak peti ais minum ubat. Bila abis minum ubat dia pegi dapur nak lap mulut aku tengok mulutnya comot ngan ubat, bila aku cek abis ubat sebotol aku apa lagi terus call suami bagi tau. Suami call abang teksi belakang rumah suruh bawak spital cepat, mujur cepat bawak spital kalau tak aku tak dapat nak bayang apa yang terjadi.

Sampai sekarang kalau bawak baby masuk bilik doktor dia cukup fobia sebab dia takut kena ambik darah. Masa kat spital dulu darahnya kena ambik dua tiga kali sehari bila doktor datang bawak jarum jer dia dah menangis. Baby ni tak fobia plak makan ubat tu yang aku pelik tu. Sekarang baby dah 2 tahun 3 bulan, semakin ligat tak hengatt.

Pesanan untuk ibu2 yang ada anak yang tak takut makan ubat macam anak aku ni sorok2 la ubat kat tempat yang tak boleh dicapainya. Ubat2 ni kalau di minum secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan pada buah pinggang anak kecil, itu yang doktor pesan kat aku terutamanya ubat demam atau ubat tahan sakit.

7 comments:

SueMiezi said...

Alaaa..siannya anak ko..Ko bior betul..Bahaya biarkan ubat kat tpt dia senang jumpa. Mcm anak buah aku dulu jg la..suka sgt mkn ubat. Kalau pil tu..dia bleh kunyah jer..Yark!!!!..tak sedapnya lah...

Cik Ina Do do Cheng said...

ubat-ubat kena simpan tempat yang dorang tak boleh nampak. ala ciannya baby. semoga ko ngan baby cepat sihat ye.

izahdaut said...

tq share ilmu. anak saya tak takut makan ubat. tapi so far kalau nak makan ubat tak reti togok gitu je. sebab nak makan mesti guna sudu. tapi bebudak ni kan... tak didugaaa.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

salam..hai..sy dah kembali....:)

maaf lmbat dtg pasal sy kurang sihat..

kuatnya baby bukak peti ais..sedap ubat demam tu psl tu dia minum..syukur x apa²..

gerhana luka said...

tula anak lelaki ngan anak pompuan saya mmg berbeza,yg lelaki ni lain macam sikit pintu lemari pun dia boleh bagi patah memang lasak sgt2. memang menduga kesabaran betul. apa2 barang semua kena jaga sampai ke garam kunyit dlm dapur pun dia boleh kerjakan.

LIPISLADY said...

Sallam GL,

Kesian Baby yee, nasib baik cepat sedar, kalau tak tak tau apa jadi,
alhamdulillah sekarang dia dah besar..taklah risau sangat,lagi pun dia dah serik tu kut bila teringat jarum..

gerhana luka said...

Salam, LL bila dah besar ni lain pulak yang nak dirisaukan hee.. anak lelaki memang ligat semacam