Wednesday, 1 June 2011

30 thn selamanya!

Assalamualaikum,

Hari ni 1 Jun dan hari ni merupakan hari besday aku yang ke 30 tahun (30 thn tak gerak2). Hee.. tak nak mengaku umur dah bertambah lagi dua angka, apa ada pada angka ya tak? cuma nombor aje yang penting jiwa masih muda dan memang muda pun heee...

Orang pertama yang wish besday kat aku ialah my hubby and my 2 little, diorang ni kul 12 malam pun tak tido lagi menunggu detik bertukar waktu nak nyanyi lagu besday untuk aku. Thank you sayang mama semua! kek tak de ke?

Malam tadi masak sup ayam jer sebab malas nak masak yang berbagai2 dan siang ni baki sup masih ada aku celur aje bihun untuk makan dengan sup ayam senang kan kerja jadi la bihun sup ayam. Saja nak tepek resepi sup ayam yang keroh ni, biasa masak sup ayam guna rempah sup bunjut kali ni guna serbuk sup plak tu jadi keroh sikit kuahnya.



bahan2 nak masak sup



step memasak sup yang mudah, di dalam tangan jer ni semua orang mesti tau punyalah



Bila sup dah mendidih tutup api dan tabur daun bawang ngan daun sup, hidang dan hirup sup... slurppp... nyaman tekak!



cara nak habiskan baki sup malam tadi, celur bihun makan ngan sup jadi la bihun sup.

3 comments:

LIPISLADY said...

Sallam,

"Selamat Hari Lahir" semuga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezki sentiasa, dan di kurniakan Taufik dan HidayahNYA.

"MUDA SENTIASA"

gerhana luka said...

w'salam, thanks kak LL.. kita kena sentiasa rasa muda supaya kita bersemangat nak meneruskan perjalanan hidup yang tak tahu dimana hujungnya.

Cik Ina Do do Cheng said...

happy besday semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.

sup ayam cam bihun sedap tu. cuaca panas hirup sup sedap