Friday, 3 June 2011

Pisang Goreng Untuk Minum Petang

Pisang abu yang aku ambik kat umah mak masa balik kg ari tu dah macam terlebih masak, memang dalam perancangan nak menggoreng semalam tapi tak sempat so simpan dulu dalam peti ais. Ni baru nak menggorengnya. Pisang abu ni walau dah masak ranum tapi bila digoreng dia tak lembik tu yang aku suka. Kalau pisang nangka atau pisang awak kalau dah ranum sangat tak boleh digoreng mesti air gulanya keluar sampai minyak jadi hitam bila digoreng.



nak goreng pisang abu ni I guna tepung gandum campur tepung goreng pisang adabi. Kalau guna tepung goreng pisang adabi semata nanti minyaknya banyak sangat. Campuran tepung tu I buh serbuk kunyit ngan garam sikit saja nak bagi cantik warnanya. Orang jual pisang goreng kat tepi jalan tu guna tepung apa ya sedap jer...



sedap je makan pisang goreng sambil minum teh 'O' petang2 gini.

1 comment:

Cik Ina Do do Cheng said...

pisang Abu memang sedap digoreng . cik ina suka, manis.kalau guna tepung gandum cam tu sedaplah, yang jual kat luar tu tepung dia cik ina tak minat.