Sunday, 12 June 2011

Santai di Kampung

Assalamualaikum, selamat berhari minggu.

Menyempat lagi nak post N3 ni, walau bukan lappy sendiri. Laju jugak guna celcom my sis ni kalau my broadband jangan mimpi. Bangun pagi2 kat kampung ni memang best dapat hirup udara segar dengan kehijauan sawah padi seluas mata memandang. Sekarang ni padi dah berisi, ibarat kata pepatah ikut resmi padi makin berisi makin menunduk, betul ke aku tulis ni. Tak caya tegok ni...



tu padi dah hampir nak masak, tunggu dalam hujung bulan ni dah boleh dituai.



indah sungguh pemandangan sawah padi musim padi tengah berisi, bila padi dah masak lagi indah dengan warna keemasan. Inilah kampungku!



nak makan ulam pucuk gajus? petik jer...



nak buat sambal belacan tak de limau tak yah susah2 pegi kedai petik jer kat tepi rumah.



cili api kampung pun ada yang pacak2 lagi pedas



inilah teratak kecil warna unggu milik bondaku, depan ada pokok sukun petang2 boleh ambik buah sukun untuk digoreng, sambil minum teh o. Dah namanya teratak memang la kecik kalau kami semua 7 beradik bekumpul bawa semua anak beranak memang tak muat rumah, boleh pasang khemah kat luar nak tido heee...

cukup la dulu untuk hari ni, lain kali N3 lagi

7 comments:

LIPISLADY said...

Sallam GL,

Aduh ridunya bau daun padi, rindu nak meniup serunai dari batang padi, rindu nak mengemping padi muda...semua itu hanya tinggal kenangan, sawah kat kampung pun dah kering kontang, jadi padang kambing dan padang lembu....kalau kambing sendiri ok juga, ini kambing dan lembu orang...

nelly said...

kehijauan ~

ibh said...

Sukaaaa..aku pun baru balik juga...teringat2 lg suasana damai kg tu..ngeeeee

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

bestnya kg ada sawah padi..kaler purple ~i likeee

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina cemburu, suasana yang paling cik ina impikan dalam kehidupan ni. tenang dan aman.kalau dapat duduk terus kat situ cik ina suka sangat.

izahdaut said...

rindu jugak time kecik2 dulu. kat kmpung belakang rumah ada sawah. tapi skrg dah kering. sampai leh berkebun lak... suke tengok.. mengamit kenangan betul!!

gerhana luka said...

kalau kat area tanjung karang sampai sabak bernam ni memang kawasan jelapang padi tak de sawah yang terbiar. kalau org tak tanam padi kat sawah tu diorang jadikan kebun sayur plak. kira area ni pembekal makanan la kat kawasan2 lain.