Wednesday, 8 June 2011

Awas! Anai-anai Datang Menyerang

Assalamualaikum kawan2 bloger semua!

Huh lamanya tak mengupdate blog ni, hari minggu balik kg kat Sekincan line bband memang tak membantu langsung nak bukak facebook pun tegedik2 lagi la nak update blog. Balik rumah plak lappy ni problem geram sungguh hati ni. Simpan jer dulu gambo2 yang nak di upload.

Rumah aku ni kena serang anai2 heee... nampak beno aku malas nak kemas rumah sampai anai2 pun datang makan rumah aku kan?  heee... takde la sebenarnya hampir kebanyakan rumah kat perumahan tempat aku duduk ni kena serang ngan anai2. Rumah jiran aku habis satu almari kena makan ngan anai2, mujur rumah aku kena serang sikit jer, yang aku peliknya dinding batu pun anai2 nak makan kalau kayu tak heran la aku. Aku sedar anai2 ni membiak bila aku masuk bilik yang mak mentua aku guna (sekarang mak mentua dah balik kg terengganu) nak mencari barang. Cari punya cari ternampak sang anai2 membuat rumah apa lagi aku pun hapuskan dia, nasib baik dia tak makan apa2 kat bilik tu.



Nampak jejak anai2 tu? ngeri aku memikirkan kalau sempat anai2 tu makan almari baju mak mentua aku. Gambar kecik tu lubang anai2 tu bersarang dalam dinding. Aku dah bersihkan siap spray ngan ridsect tak jalan esoknya dia mulakan jejak semula akupun buang balik masih juga ada dan semalam panggil penghapus anai2 dia dah sembur keliling rumah baru lega hati aku. Moga2 anai2 ni dah tak menyerang lagi.

2 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

rumah cik ina punya pintu bilik air dah teruk kena makan anai-anai. cam mana nak wat pun tak tahu.

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

anai-anai ni jahat kan..boleh roboh rumah dibuatnya..