Teruna : Dinda, jangan la terus berduka, bukan niat kanda nak melukakan hati dinda
Janda : Isk... isk... tapi kanda....
Teruna : Jangan bertapi tapi lagi memang hanya dinda dihati kanda, kanda tak pernah menduakan dinda sekalipun
Janda : Kanda... isk... isk... (sambil menggenggam tangan)
Teruna : Tidak dinda walau keluarga kanda menghalang sekalipun kanda tetap mahukan dinda menjadi teman hidup kanda
Janda : Kanda biarlah dinda jelaskan...
Teruna : Tidak! kanda tidak mahu dengar apa2, bunga ros itu jadi saksi cinta kanda
Janda : waaaa... hati dinda tak terluka pun! ni tengok tangan dinda dah terluka terkena duri bunga ros yang kanda bagi! waaaa... kalau nak bagi bunga pun jangan la petik dari pokok bunga bonda kanda tu! bunga tu ada duri sakit tangan dinda tertusuk duri tau. Lain kali kalau nak bagi bunga beli jer kat kedai bunga dah tentu siap bungkus tak de la tangan dinda terluka, waaaa...
Teruna : heee...(sambil senyum kambing) bajet orang bujang...
moral of the story :
* lain kali jangan banyak cakap sangat bagi la orang lain cakap jugak
* kalau nak romantik sangat jangan la kedekut nak keluar bajet
* janda pun ada taste gak
2 comments:
kih kih kih..psl tu i lg suka coklat dari bunga..
bunga ros kat kedai pun ada duri gak, bungkus pun ngan plastikkan.cik ina pernah gak terkena cucuk duri bunga ros.
Post a Comment