Saturday, 4 June 2011

Kek Pisang

Assalamualaikum, selamat bercuti buat orang2 yang bekerja. Hari ni cuti Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda yang Dipertuan Agong. Cik abang aku kerja hari ni gaji dabel up la. Pagi2 ni sebelum pergi pasar sempat lagi nak up date hasil kerja malam tadi ni.

Pisang berangan yang aku ambik kat umah mak ari tu ada lagi 4 biji so otak akupun tepikir nak membaking kek pisang sebab tekak ni teringin pulak nak memceKEK kek pisang.



pisang ni dah seminggu aku peram baru masak ranum, budak2 ni teliur nengok pisang ngap... ngap... tinggal 4 biji dah takde sapa nak makan. Apa lagi buat kek pisang la.



bahan2 kek pisang

4 biji telur
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan gula
3/4 cawan minyak jagung (aku guna minyak masak jer)
2 biji pisang berangan
1 sudu teh baking powder
5 sudu makan susu sejat

*kalau buat lain kali kurangkan gula sebab manis kek ni



step by step

1) pukul telur dan gula sampai kembang
2) masukkan tepung yang dah diayak bersama baking powder
3) masukkan pisang yang dilecek dengan garfu
4) masukkan susu sejat gaul2 rata
5) masukkan minyak gaul rata

* penat menggodek guna tangan kalau ada KENWOOD kan senang, dapat KHIND pun jadi la, apa nak buat bajet ciput sabo jer la



sapu loyang dengan planta pastu tabur tepung sikit sebelum masukkan adunan untuk dibakar
bila agak2 kek nak naik aku tabur coklat rice kat atas kek
bakor lagi sampai masak
untuk oven cap ayam aku ni aku guna suhu 150 bakor 45 minit, jengok2 selalu takut hangus plak tapi ok ngam2 jer masaknya



sedapnya kek pisang yang aku bakor ni (sapa lagi nak puji kalau bukan aku) tapi seyes ako kabor memang sedap kek pisang ni dari yang beli kat Mydin, dulu mak aku selalu beli kat situ. Kek pisang beli tu dia punya bau wangi sampai anak tekak dan ringan sikit. Yang homemade punya tentu la sedap, kilang buat kedekut pisang cuma banyak perasa je. Lain kali buat sendiri ya baru tau sedap ke tak sedap.

Okey la pukul sembilan dah ni nak pegi pasar plak cari lauk nak masak. Babai!

1 comment:

Cik Ina Do do Cheng said...

kek pisang memang peberet cik ina.betul sapa lagi nak pujikan kalau tak kita sendiri. memang cik ina puji kek pisang ko gebu.