Friday, 24 June 2011

Anak Daraku Dah Pandai Basuh Pinggan!


Poyo je N3 ni kan, hee...
Sebenarnya aku cuba mengajar anak aku supaya ringan tangan. Bila sudah makan aku akan suruh anak2 aku bawak pinggan mangkuk ke singki, begitu juga bila dah abis minum susu, botol susu mesti letak dalam singki. Kadang anak2 ni malas gak bila abis je minum susu, kat situ juga dia letak botol susu. Aku ni memang mulut suka membebel mula la aku pot pet pot pet kalau nampak botol susu tak letak dalam singki.

Anak dara aku ni dah pandai nak basuh pinggan sendiri, aku sebenarnya tak bagi dia basuh sebab takut pinggan pecah sebab sabun cuci pinggan kan licin. Cam biasa bila abis makan dia pun angkat pinggan ke singki tapi lama betul tak keluar2 dari dapur. Bila aku masuk dapur aku tengok dah bersih dia basuh pinggan cuma tak letak atas rak je sebab tak sampai. Dalam hati aku berkata pandai pulak dia basuk pinggan sampai bersih. Aku diam je tak nak kata apa2 takut terencat pulak mood dia yang rajin tu, abahnya pun tak pernah basuh pinggan sendiri heee...

Yang aku lagi tak tahan nak ketawa bila anak dara aku ni dengan selamba membebel kat abahnya
"Abah nanti lepas makan jangan lupa basuh pinggan tau! Deq La pun basuh pinggan sendiri"
abahnya jawab "okey abah basuh"
tapi bukan abahnya basuh pun pinggan tu, dah memang tabiatnya malas nak basuh pinggan sendiri sabo jer la aku.

1 comment:

ibh said...

Ekekekkekeke..anak sound ayahnya tu tak bleh tahan..Sama la dgn hb aku mully oiii.harap nak cuci sendiri...jarang beno....nasib la ada wife yg rajin mcm kita ni ya..kalo idak depa kena upah maid tuk kita ya. kikikikiiiiii...