Tuesday, 9 August 2011

Icip-Icip - Boleh ke?

Assalamualaikum,

Hari ni menu berbuka aku senang je tak de nasik dan lauk2 bagai cuma goreng bihun jer. Goreng bihun lada hitam atau orang panggil bihun singapore walaupun goreng kat Malaysia. Resepi belajar dari kakak aku kat kampung. Ni first time menggoreng bihun cenggini biasa goreng bihun guna cili kering yang kadang2 sedap kadang2 hanyut kelaut rasanya heee.. tapi bihun goreng lada hitam ni memang sedap la aku nak bagi tau, jangan maree.



resepi:
bihun direndam awal2 supaya tak keras
bawang putih banyak2
bawang besar sebiji
cili api sikit
udang kering
belacan sikit
lada hitam ikut suka la nak banyak ke sikit
kisar semua sekali untuk ditumis kecuali bihun jangan dikisar plak hee...

bahan lain untuk penyedap:
daging
udang
fishball
fish cake
carrot
kobis
kiub ayam
sos tiram
garam
daun bawang dan daun sup untuk hiasan

cara2 masak
tumis bahan kisar sampai garing
masukkan daging dan masak sampai agak2 daging lembut
kalau ada stok udang masukkan la kalau tak masuk air je sikit
masukkan udang, fishball dan fish cake
masukkan sos tiram dan kiub ayam serta garam secukupnya
masukkan sayur
masukkan bihun dan godek2 sampai masak
angkat lepas tutup api
tabur la daun bawang dan daun sup
sedia dimakan

Senang je kan nak masak bak kata Anis Nabilah dalam icip-icip masak itu mudah dan menyeronokkan bukan?



Keropok goreng untuk makan dengan bihun goreng, ini cara orang Terengganu makan bihun ya mesti nak makan dengan keropok goreng, ikut je la dah suami orang sana. Stok keropok keping mesti sentiasa ada kat rumah datang jauh dari Terengganu ni hee... statement tak boleh tahan.



Tak lupa pencuci mulut buah naga ikut cara Cik Ina Do Do Cheng makan dengan yoget sedap tu Cik Ina!

4 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

amboi ko icip-icip cam first time je cik ina dengar.lepas kena bayak tengok tvlah, banyak rancangan masakan yang cik ina tak nengok ni.

sedap bihun goreng buh lada hitam. tahun ni cik ina rasa cam suka makan bergoreng-goreng cam ni, buka puasa makan nasi cam tak lalu plak.sahur pun makan nasi skit je.

amboi ko punya dragon fruits sedap tu makan sejukkan.

LIPISLADY said...

Sallam Ramadhan GL,

Lama juga tak singgah sini,
Memang sedap nampaknya bihun tu,
tu yang buat teringin nak menggoreng bihun juga ni.

gerhana luka said...

cik ina icip-icip kat Astro chanel AFC 703 kalau tak silap.

ibh said...

Mullyy..ni bihun goreng favorite aku nih..buh lada byk2 lg sedap...Senang sgt nak buat ni kan....