Thursday, 4 August 2011

Popia Horlicks : jom buat sendiri

Assalamualaikum,

Alhamdulillah dah masuk hari ke4 berpuasa tahun ni, insyaAllah tahun ni dapat berpuasa penuh rasanya kalau tak de apa2 masalah hee.. bestnya. Orang bisnes kuih raya dah start sibuk dengan tempahan rasanya kan tempahan biskut raya dah ambil awal2 sebelum puasa, sample biskut pun dah takde. Orang yang ambik tempahan baju raya pun dah nak muntah mula menjahit baju raya oppss jangan muntah kang batal puasa pulak ya kak. Jangan tak siap jahit sudah kang menangis pelanggan baju tak siap jahit tak de baju raya nak pakai. Baju aku pun takde tukang jahit yang sudi nak tolong jahit terpaksa la aku minta belas kakak kat kampung tolong jahitkan. Nak buat camane dah aku gatal tak hantar awal2 terima aje la.

Opps sebenarnya nak tunjuk cara2 membuat popia horlicks untuk adik aku yang takde kerja dibulan puasa ni sila buat ya senang je nanti raya boleh makan. Jangan curi2 makan sudah cam anak aku tu nak rasa je serbuk horlicks tu katanya heee...



Dapatkan kulit popia di pasaran sebelum kehabisan stok. Bukak sehelai-sehelai kulit popia sebelum memulakan kerja2 menggulung.



Sediakan bancuhan tepung gandum untuk melekatkan kulit popia yang berfungsi seperti gam.



Sapukan gam tepung gandum keliling kulit popia
ambil lidi satay dan gulung kulit popia dari bucu ke bucu
buat sampai habis kulit popia



Gulung banyak2 camni ha, tutup ngan towel dapur yang bersih untuk mengelakkan gulungan popia kering sebelum dipotong.



Potong serong gulungan popia tadi sepanjang 1cm untuk mendapatkan popia yang rangup. Kalau takut tak sama ukur ngan pembaris heee... aku tak ukur tu yang ada yang panjang dan pendek tu. Kemudian goreng sampai garing atau sampai warna perang. (hujung gulungan sila asingkan sbb nipis dan goreng asing juga)



Sejukkan popia yang dah siap digoreng, letak atas tisu dapur supaya minyak dapat diserap.



Blend kering 5 sudu gula, 5 sudu atau lebih horlicks dan 3 sudu nestum original menjadi serbuk untuk digaul dengan popia. Serbuk ni cukup untuk sepeket kulit popia sebanyak 40 helai. Kalau nak blend lebih pun tak pe takde hal punya boleh simpan dalam tupperware senang anak nak rasa heee...



Popia horlick dah siap dapat sebalang penuh lebihan ni untuk anak yang tak puasa.

p/s: Yani ko buat popia ni tau jual kat org kampung aku boleh dapat royalti resepi heee... boleh ke?

5 comments:

ibh_sue said...

Mully...masuk ni aku dah simpan 2 version la resepi popiah ni..memang senang..tapi idak ler juga aku membuatnya lagi...Membeli ada la..Tapi tahun ni..aku tak beli dah kot...Try nak buat sendiri jg...
Passttt!!!!..ko dah buat kuih raya dah ka?..hehheheee

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedapnya, tahun lepas anak cik ina beli popia ni tapi ada nestum, habis tak sempat raya. senang gak buatnya ye.ketagihlah makan benda ni.

gerhana luka said...

heee... tengah memikir nak buat kuih raya apa ni sue cari2 kat blog biskut yg senang2 dan sedap.

cik ina mmg ketagih mengunyah popia ni nak-nak lagi kalau buat gulungan popia yang nipis rangup je mengunyah sedar2 tak sempat raya jawabnya.

Rina Rahamat said...

sy nk buatlah utk stok kuih raya..semangat tgh membara ni baik cepat sebelum terpadam jd kenangan je..hehe

salina mohd taha said...

Share ya tksh