Wednesday, 3 August 2011

Puding Gula Hangus : manisan yang sedap untuk berbuka puasa!


Manisan kegemaran seisi keluarga
kalau beli kat pasar ramadan sepotong berapa harganya ya?

Resepinya:

10 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin susu air
1 gelas gula
1 sudu kecik asen vanilla
satukan semua bahan dan pukul manja guna pemukul tangan

1/2 gelas gula digoreng sampai hangus bukan hangit kang pahit plak, buh suku gelas air bila gula dah hangus biar dia bebuih2 pastu tuang dalam loyang. Kemudian tuang bahan yang dipukul tadi dalam loyang gula hangus dan kukus sampai masak. Sejukkan kat luar, terbalikkan dalam pinggan dan sejukan plak dalam peti ais. Makan masa berbuka sedapnya!

3 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

sedap tu buat berbuka. makan sejuk-sejuk.dah lama cik ina tak buat puding gula hangus tu.

ibh said...

Aku ni tak bp suka makan puding karemal ni..sbb terasa muak telur tu sangat..Tp semenjak aku dapat resepi karemal ni yg version kentang tu..Sedap....jadi suka plak dgn karemal ni..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

mantop! nk try buatlah..puding karamel ni peberet tp x penahnya try buat..