Thursday, 19 May 2011

Gulai Lemak Telur Itik Tapi.....

Assalamualaikum,

Pagi2 dah pegi pasar beli stok lauk nak masak. Terjumpa telur itik rasa cam best je, dah lama tak makan telur itik masak gulai lemak cili api cam mak mentua masak. Aku beli 5 biji, 3 biji nak buat gulai lemak lagi dua biji leh try buat kek kukus.


ni la bahan2 nya, ingat2 lupa ni nak call mak mentua kredit tak ada hentam aje la



telur itik 3 biji



santan kelapa aku perah sendiri, tak suka santan yg kedai jual sbb dah campur garam



hampas kelapa ni simpan nak buat scrub badan, heee... jimat duit bukan apa tak cukup duit nak pegi spa



cili, bawang putih, bawang merah ngan kunyit aku blender je ngan santan sikit pastu aku tapis cam ni, serai ketuk je. Aku buat cenggini sebab tak nak bagi kuah ada serbuk2 ngan biji cili, rajin sangat.



hampasnya buang, tak boleh buat scrub kang panas satu badan plak cuti masak jawabnya heee



cetengok struktur kuah tu licin aje... masak la kuah gulai tu dulu tapi jangan sampai mendidih sangat sebelum masukkan telur itik yang dipecahkan sebiji2



tapi last2 ikan kembung yang berenang dalam kuah tu, hampeh... telur itik tu buruk. Sakit hati aku, nasib baik aku pecahkan dalam mangkuk, kalau aku pecahkan dalam periuk jawabnya ngan kuah2 sekali aku terpaksa buang.

Telur itik tu 5 biji semua tak boleh pakai bila dipecahkan kuningnya dah bercampur ngan putih, tapi tak bau busuk plak. Tobat lain kali aku tak beli telur itik melainkan telur itik tu keluar dari vontot itik depan mata aku.



2 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

kelakarlah, tu sebabnya suami cik ina suruh pecahkan telur dalam mangkok, takut dapat telur yang tak elok. tak boleh caya telur sekarang ni.kalau pecah kat dalam gulai naya, sayang je ngan santan tadi. tak pelah ikan kembung masak lomak pun sodap.

Cik Ina Do do Cheng said...

Dik kena letak air dalam mangkuk tu cam kita masak nasi pakai rice cooker tu.