Sunday, 29 May 2011

Lalai Kah Aku?

Assalamualaikum,

Hari ni hari ahad, pagi tadi aku pegi pasar depan rumah tempat biasa beli ikan dan sayur. Kat situ ada sederet kedai orang menjual ikan dan sayur, kedai hujung sekali tuan punya kedai orang cina yang biasa aku panggil unti, tengah2 melayu tuan punyanya seorang pak cik yang ada beberapa buah lagi kedai kat tempat lain dan yang sebuah lagi kedai melayu gak tuannya seorang perempuan dan kedainya bersambung sekali dengan kedai makannya.

Aku suka pegi kedai perempuan ni sebab harganya murah sikit dan ikannya masih cantik. Pagi tadi entah apa tebiatnya aku pegi kedai tak bawak beg duit aku cuma genggam not 50 dalam tangan dan kunci rumah. Nak jadi cerita masa aku tengah pilih2 ikan dan sayur aku tercicirkan duit kat tangan aku, tapi aku tak perasan. Mungkin aku tercicir masa aku sibuk memilih2 barang tu tapi aku memang ingat duit tu masih ada kat tangan masa aku pilih ikan dan aku letak bekas ikan kat kaunter. Lepas tu aku pilih sayur dan bawang mungkin masa ambik plastik nak letak bawang aku terlepas duit kat tangan, pastu aku pusing2 kedai cari benda lain nak dibeli. Aku tersedar duit tak ada kat tangan bila aku nak bayar barang yang aku beli, gelabah aku mencari duit tu keliling kedai tapi tak jumpa. kecoh kedai tu. Masa tu aku rasa nak menangis apa taknya 50 inggit tu aku boleh beli stok lauk untuk beberapa hari.

Aku terkilan gak sebab duit tu tercicir kat dalam kedai kalau tercicir kat tengah jalan aku tak kisah sebab kalau orang jumpa pun mesti dia tak tau sapa tuannya. Tapi tercicir dalam kedai dan kalau orang tu jumpa dia sepatutnya bagi kat tuan kedai tapi... inilah manusia yang tak berhati perut, tergamak dia ambik duit yang tercicir kat dalam kedai. Masa tu memang ramai orang kat kedai tu dan ada la mak cik yang perasan memang nampak aku pegang duit tu masa pilih barang tapi dia tak perasan pulak orang yang ambik duit yang tercicir tu. Mungkin orang yang ambik tu terus blah dari kedai tu bila dah ambik duit tu. Aku heran betul tergamak dia ambik... aku kalau jumpa duit kat jalan pun tak pernah aku nak ambik, aku biar je kat jalan takut aku anak ambik.

Memang aku lalai memegang duit kat tangan tapi tulah benda dah nak jadi kan. Rasa menyesal gak tak bawak beg duit dan seluar pun tak de kocek masa tu nak letak duit. Aku berdoa semoga si pencuri duit tercicir tu sedar la perbuatan nya dan dibukakan hatinya untuk memulangkan duit tu kepada tuan kedai supaya tuan kedai tu dapat bagi pada aku. Aku tau pencuri tu adalah seorang perempuan sebab semua yang ada kat kedai tu tadi perempuan dan ibu2. sedarlah mengambil hak orang adalah berdosa apatah lagi jika duit tu digunakan untuk membeli makanan dan makanan tu diberi kepada anak2 makan dan menjadi darah daging maka haram jadinya. Aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk dapat duit tu semula tapi memang aku terkilan sangat. Semoga Allah mengampunkan dosa2 nya Amin.

3 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

ciannya ko.cik ina pun pernah kena cam ni, masa tu kat pasar malam.cik ina rasa dah bagi ngan orang jual goreng ayam tu RM50, tapi dia tak ngaku. nak wat cam mana. cik ina keluarkan duit lain bayar. lepas tu langsung tak nak pegi situ lagi Bagi orang cam cik ina bukan senang sangatkan, RM50 tu duit laut seminggu.

ibh_sue said...

So...sila jadikan pengajaranlah ya..hehehehe..Biasalah tu..kadang2 sesuatu kejadian tu terjadi untuk memberi pengajaran kepada kita supaya kita sentiasa beringat dan tidak akan mengulangi kesilapan tu lagi..Tengok!..sikit ja kita lalai..besar impaknya..Renung2kan ..selamat beramal..(^_^)

gerhana luka said...

Betul tu cik ina 50 tu duit lauk seminggu.
sue, mmg jadi pengajaran la ni.