Wednesday, 25 May 2011

Kerabu Mangga

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama aku nak buat kerabu mangga ni. Bila pegi pasar je mesti lalu kat rumah jiran yang ada pokok mangga. Buahnya tak lebat tapi cukup membuatkan aku kecur air liur. Nak minta malu, ya la takkan aku nak ketuk pintu rumah orang plak semata2 nak minta buah mangga. Nak ambik je tak elok bedosa tak minta izin tuannya dan mak aku tak pernah ajar ambik orang punya tampa bercakap, aku ingat pesan mak aku. Kat pasar ada pulak orang jual mangga muda ni yang aku beli 2 biji, kecur air liur tengok mangga ni...


bahan2
2 biji mangga muda
1 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah kecil
5 biji cili api thai
beberapa ekor udang kering
sedikit garam, gula dan perasa

cara2
racik dan hiris mangga halus2
hiris halus bunga kantan
hiris halus bawang merah
hiris cili api
tumbuk udang kering
satukan semua bahan dalam bekas kemudian gaul rata. perasakan dengan garam, gula dan perasa. Hidang untuk dimakan bersama2 nasi panas

eemmmm... sedapnya

2 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

samalah cik ina pun wat kerabu mangga cam ni. selera je kan kalau makan ngan nasi.

gerhana luka said...

kerabu mangga ni buat tambah selera bila tekaka rasa pahit heee..