Saturday, 14 May 2011

Mee Bandung Kg. Jawa

Assalamualaikum dan selamat sejahtera hari ini saya nak menunjuk cara2 memasak mee bandung kg. jawa ye. Ni bukan mee bandung muar apatah lagi mee bandung indonesia ini mee bandung orang malas nak masak nasi sebab bila masak nasi nak kena masak lauk, heee.

Sebenarnya malam tadi aku malas sangat nak masak nasi, rasa dah jemu makan nasi je so tukar resepi yang ringan plak untuk makan malam senang jer.



Tumbuk bawang merah dengan bawang putih guna lesung batu, kalau tak ade lesung sila guna blander kering, kalau tak de jugak hiris2 je bawang tu. Tumis bawang yang dah ditumbuk sampai naik bau dan kekuning kuningan. seterusnya.....


Masukkan cili yang dah siap diblender ikut suka, kalau suka pedas letak banyak2 sikit kalau tak suka pedas letak satu sudu dah cukup. Tumis sampai cili blend tu masak baru ikut step seterusnya.


Ni hirisan daging dan isi ayam yang diperap dengan sos tiram, sos cili dan sos tomato.




Masukkan bahan yang diperap tadi dalam bahan tumisan. Kacau2 sampai sebati semuanya biar dia masak sekejap.



Bila dah masak sekejap jadi la cenggini, daging dengan ayam dah kira empuk tambah la air untuk jadi kuah.


Teruskan memasak kuah tadi sampai mendidih. Tengok tu kuah tu dah mula mendidih bolehlah masukkan bahan2 yang lain pulak.




Sebagai tambahan aku bubuh fish ball dengan fish cake dalam kuah mee bandung. Sebenarnya kena letak udang baru best rasa mee bandung tapi big bos mengadu gatal hidung tu yang tak letak udang tu. Masukkan la telur untuk tambah meriah lagi mee bandung tu tapi jangan sampai kuning telur tu pecah pulak. Masak kejap je jangan lama2 nanti keras pulak fish ball tu ya. Rasa la kuah tu kalau suka masin bubuh garam tak pun letakla kicap, aku bubuh kiub ayam sebagai ganti pak aji.



Mee kuning basuh dulu supaya tak terasa pahit cam rasa kapor.



Sawi dan Tauge


Seterusnya masukkan la pulak sawi, tauge dan mee. Kacau rata. Kalau suka tauge rangup masukkan tauge kemudian. Ada orang lain punya stail dia celur jer mee, sawi dan tauge pastu tuang kuah atasnya, ikut suka la ya nak buat camana. Apa2 cara pun boleh, janji boleh dimakan.



Inilah rupa mee bandung kg. jawa. Ermmm... sedap silalah jamu mata.


1 comment:

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina tak pernah lagi wat mee bandung.nanti nak cubalah.sedapnya makan masa cuaca panas ni, sebab dia berkuah.