Saturday, 28 May 2011

Xtra Moist Choc Cake

Dah lama aku teringin membuat kek coklat yang sungguh lembab ni, selalu aku buat kek coklat yg kureng lembabnya. Resepi kek ni jumpa kat dapur si HaSue, mmg banyak benor resepi berkaitan cokat kat dapur dia tu. Aku ni memang penggila kek coklat, kalau aku membaking kek coklat aku jer la yang membaham kek ni ngan baby, along tak berapa nak sangat tapi kek coklat kali ni dia suka pulak.

Hari tu masa balik umah mak aku dah try membaking kek ni tapi silap metod tak jadi kek ni, dia jadi kuih talam heee... Apa taknya aku pegi blend semua bahan dengan sesungguh hati, ambik ko tak jadi kek tu. Kali ni aku tak menderhaka aku follow metod membaking dengan betul dan hasilnya superb!

Resepi Kek Coklat Xtra Moist

bahan2 untuk di panas suamkan
100gm serbuk koko
180gm gula pasir
1 tin susu sejat (aku guna tin pendek)
200gm minyak (aku guna butter)
250gm susu pekat

4 biji telur dipukul kembang
150gm tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
1 st soda bikarbonat (tak letak sbb dah guna tepung naik sdr)
1 st baking powder
1 st asen vanila (aku tambah sendiri)



step 1 campurkan bahan untuk dipanas suamkan dalam periuk dan dikacau atas api yang kecil (jangan sampai mendidih)
step 2 pukul telur sampai kembang (berbuih)
step 3 masukkan bahan cair dalam telur dan di kacau2 sebati
step 4 masukkan tepung sambil kacau2 sebati
step 5 masukkan dalam loyang untuk dikukus, nak bakar pun boleh



kukus kek lebih kurang 45 minit, kukusan kena panaskan dulu. Ni gambar dah siap kukus nampak gebu je. Bila dah masak sejukkan dulu sebelum di hias.



masakkan toping untuk siram atas kek coklat tadi. Caranya ialah dengan memanaskan coklat masakan secara double boiler, tapi aku buat sendiri je toping tu dengan mencampurkan serbuk koko + susu pekat + susu sejat + butter. Dia punya kemanisan dan kepekatan ejas ikut suka heeee....
siram toping atas kek pastu taburkan nasi coklat



Inilah rupa kek coklat yang Xtra moist tu, memang sedap aku suka sangat2. Thanks to tuan punya resepi yang best ni, sedap sangat.

3 comments:

ibh said...

Tahniah beb! Makin rajin kawan aku sorang ni membaking sekarang ni..ekekkeke..bagus2..meh kita mengembangkan lagi kroni2 memasak dikalangan kwan2 kita yg liat sgt nak masuk dapur ni..eh! ya ka?..ekekekeke..Sok2..kita wat renunion..sorg2 bawak potluck ya...Ngeee (^_^)

LIPISLADY said...

Sallam GL,

Pepagi lagi dah singgah sini nak mengecek kek coklat moist, waw..bestnya, favourate saya juga tu.Tapi pernah sekali juga ada pengalaman buat kek jadi kuih talam, pas tu berminyak plak..hahaha...sorokkk..malu..makan separuh, sedekah kat tong sampah separuh..

gerhana luka said...

tu yg kelakar tu kek bleh jadi kuih talam, heee... bila ingat mesti nak tegelak punya