Thursday, 5 May 2011

Kari Kepala Ikan Jenahak

Dah lama aku tak masak kari kepala ikan jenahak. Hari ni sebab big bos baru dapat gaji aku beli la kepala ikan kesukaan dia tu. Aku tak tau la sebab ape yang big bos suka sangat makan kari kepala ikan sampai bini kawannya boleh panggil dia kepala ikan heee... Aku tak de la suka sangat makan kepala ikan ni, ikan goreng pun sodap. Masa mula2 kawen dulu aku tak pandai pun masak kari2 ni pernah sekali tu aku buat kari ayam tak menjadi big bos kata rempah kari tak masak heee... cam dia pandai masak je... nak komplen2 aku (sebenarnye aku pun tak sanggup makan kari tu). Sekarang kalau aku masak kari mesti dia makan sampai menjilat tulang punya heee...

Itu la orang kata kalau tak pandai memasak, jangan malu belajar la dari orang yang pandai masak, macam belajar dari mak, mak mertua , kakak, ipar, mak mertua kak ipar, mak mertua jiran pun boleh. Macam adik aku yang baru anak sorang tu asyik telefon mak je tanya camane nak masak. Sabo je la... tapi laki dia terer masak ape... dulu jadi chef kat hotel, sekarang??? nah ambik ni ko tengok aku masak kari kepala ikan untuk makan 2 orang.


Bawang merah, bawang putih, halia,daun kari ngan halba campur untuk buat tumis. Hiris je bawang ngan halia tu. Sebab aku dah biasa masak sikit tu yang aku tak reti nak kabo banyak mane bawang tu, agak2 je sudah. Lagipun cikgu yang ajar aku masak ni pun main agak2 je bahannya banyak mane. katanya yang penting air tangan heeee...


Serbuk kari ikan aku guna serbuk kari adabi sebab rasanya tak berape kuat cam serbuk kari babas. kalau masak kari tulang baru aku guna serbuk kari babas sebab baru power beb. Asam jawa jangan lupa dan yang paling penting kepala ikan. Banyak ni je kepala ikan harganya dah RM13 hish.. tu yang aku malas nak beli selalu.


Terung bulat ni sedap untuk masuk dalam kari kepala ikan jenahak, kalau ikan tenggiri aku suka bubuh kacang bendi je. Sebab ape ye... tak tau la kenapa.


Proses memasak pun bermula.... tumis bahan tumisan sampai naik dia punya aroma, sampai nak garing bawangnya tapi jangan sampai hangus plak



Satu bahan aku lupa nak bagi tau, aku bubuh cili blend sikit sebab nak bagi pedas dan kuah kari cantik sikit ade kaler merah2 gitu. Tumis sampai cili blend tu garing.


Dah tu  masukkan serbuk kari yang dah dijadikan pes dengan menggaulnye bersama sedikit air. Aku pernah gak terus masuk je serbuk kari tampa jadikan pes dulu tapi dia punya rasa lain sikit la, macam tak best je. Tumis lagi sampai terbit minyak cam mak mertua kakak ipar aku kata...


Bila dah terbit minyak masukkan air asam jawa dan gaul2 kan sampai dah puas hati...
 

Masukkan la kepala ikan pulak, gaul sampai semua rempah tu sebati ngan ikan biar sampai ikan tu dapat resap rempah tumisan baru la sedap ikan tu. Itu la yang mak mertua kakak ipar aku ajar.


Sudah tu masukkan la pulak terung. Aku masukkan terung dulu sebab nak bagi terung tu lembut. Sebabnye kalau masukkan kendian nanti terung lambat masak big bos pun komplen terung keras. heee.... tu pun nak komplen.


Masukkan air biar kepala ikan tu dapat berenang. Masak kejap, pastu aku keluarkan semula kepala ikan sebab tak nak bagi hancur kalau lama sangat.


Bila dah keluarkan kepala ikan tu baru aku bubuh santan dan biar dia masak lagi sampai terung tu betul2 lembut. Bukan lama pun nak bagi terung tu lembut. Bila dah masukkan santan selalu kacau kari tu supaya kuahnya tak berbintil. Bila agak2 dah masak boleh la tutup api. Aku suka masak dalam kuali magik aku ni sebab cepat masak dan yang penting kuali ni macam kat kedai makan aje gayanye.. heee...

Dah siap pun kari kepala ikan jenahak aku, aku dah transfer dalam periuk kecik aku ni. Kari kepala ikan cukup2 makan namanye. Kalau masak banyak2 nanti tak abis makan sebab big bos je yang makan kepala ikan, aku ngan anak2 aku makan kuah kari je ngan ikan goreng pun sodap. boleh la.. heee...

3 comments:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

sedapnya, kari ikan kalau letak halba. ko cam akaklah masak dalam kuali senang nak kacau.lepas tu baru salin dalam periuk.

ibh said...

Ni kalau hb aku ni...memang favorite dia...Aku ni dah muak dah asyik la kari manjang. Nak buat lagu mana..dah namanya orang utara kan..Kari ja la manjang..Hehhehehe...

gerhana luka said...

masak dlm kuali senang...

walau pun bukan org utara tp ttp menjadi pujaan hati suamiku... heee

kuah kari cicah roti canai pun best gak