Friday, 20 May 2011

Char Kue Teow

Tutorial Memasak Char Kue Teow ini ditujukan untuk adik tersayang semoga lepas ni boleh masak char kue teow. Orang lain pun boleh gak kalau nak cuba silakan.


Nak masak char kue teow mesti la ada kue teow, kicap masin dan kalau suka kicap manis, tauge dan kucai



Bahaan2 lain, air rebusan udang beserta udang, isi kerang, bawang putih ditumbuk, sos tiram dicampur dengan petis udang digaul sebati dalam nisbah 1/2: 2
Bila bahan2 sudah disediakan mari kita mula memasak



Tumis bawang putih sampai kekuningan, jangan sampai hangit tengok cam dalam gambar tu mujur tak hangit sibuk sangat nak ambik gambo punya pasal.



Masukkan cili blend sesudu kalau suka pedas buh la banyak sikit dan kalau tak nak pedas jangan bubuh cili blend dan sila ke step seterusnya



Bila cili dah agak2 masak masukkan campuran sos tiram dan petis udang dan kacau2 kan bagi rata



Seterusnya bolehla tuang kicap ya, aku campur kicap masin ngan kicap manis sekali, rasa sedap sikit.








 Masukkan air rebusan udang beserta dua tiga ekor udang dan isi kerang. Air udang bubuh banyak sebab nak bagi berkuah udah namapun char kue teow tak gitu?



Agak dah nak mendidih pecah kan sebiji telur ke dalam kuali (sila pecahkan telur dalam mangkuk dulu ya takut telur busuk) dan kacau2 kan.



Langkah seterusnya, masukkan kue teow pulak dan kacau2 sekejap.



Masukkan tauge dan kucai, kacau rata. Kalau suka tauge rangup jangan masak lama sangat.



Dah masak tutup api, boleh la terus hidang dalam pingan dan terus makan panas2 dah sejuk tak best plak



Letak telur mata sebiji, jemput makan semua... nyam...nyam... susah pulak makan guna chop stik ni guna garfu lagi senang.



Licin dah pinggan jangan marah ya, nak makan kena masak lagi...







4 comments:

Rina Rahamat said...

sedapnya char kuew teow.. sy suka..tp xpenah buat sendiri..blh dicoba neh di rumah..tp petis udang tu rupa botol dia camno? nak beli kat mana?

gerhana luka said...

botol petis udang lebih kurang botol kuah rojak buah, yg dlm tin pendek pun ada (shrimp & boy brand)gambo budak bekemban diapit udang kiri kanan hee... saya beli kt tesco jer. kat kedai runcit ada kot

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina punya tak de ke?dah cik ina punya peberet kueh teow. laparnya perut nengok kueh teow tu.sekejap licinnya, baru nak mintak.

Unknown said...

sedapnya nampak kuey tiaw tu.. siap stsp by step lagi..
selamat join berblog..sebenarnya akak pun masih baru berblog baru 4 bulan yang aktifnya..