Sunday, 15 May 2011

16 mei Hari Guru

Hari isnin cikgu2 sibuk nak sambut hari guru. Budak2 pun sibuk nak cari hadiah nak bagi kat cikgu. Teringat masa dulu2 masa sekolah rendah aku ambik je gelas dalam almari pinggan mak aku sebab nak bagi hadiah hari guru punya pasal heee... kelakar betul. Nak beli hadiah masa tu tak de duit sebab family bukan banyak duit. Aruah bapak dulu kata gelas mak ko tu banyak ambik je bungkus bagi kat cikgu. Senyum sendiri aku ingat masa tu. Agaknya apa perasaan cikgu bila dapat hadiah yang tak seberapa dari anak muridnya.

Apa2 pun aku respek kat cikgu2 aku masa sekolah dulu. Masa sekolah rendah semua cikgu sayang aku sebab aku ni budak pandai heee.. (puji diri sendiri). Bila naik sekolah menengah takde dah cikgu nak sayang aku sebab ada lagi budak yang lebih pandai dari aku. Teringat masa form 3 cikgu kelas aku, En. Ahmad M dia la yang bagi semangat kat aku untuk aku belajar dengan gigih sebab masa tu aku macam dah takde semangat nak belajar apa taknya matematik asyik fail je. Hasilnya aku berjaya cemerlang dalam PMR dan cikgu cukup berbangga dengan aku, dari fail dapat cemerlang.

Ada satu kisah tentang cikgu yang buat aku tak suka dengan cikgu. Masa tu aku sekolah rendah darjah 5, cikgu tu mengajar matematik garang nak mampus. Yang lebih membuatkan aku tak suka cikgu ni sanggup mencabul anak murid sendiri. Mujur aku dalam kategori budak tak comel tak de la kena cabul. Seingat aku sorang kawan aku ni memang comel dan tengah mekar la katakan memang dia nampak besar dari budak2 lain, tiba2 berubah malas datang sekolah. Setelah disiasat rupa2nya dia telah dicabul. Apa yang mengejutkan rupa2nya ramai lagi budak2 perempuan yang menjadi mangsa nafsu cikgu ni. Akhirnya cikgu lahanat ni ditukarkan ke sekolah pedalaman padan muka dia. Tak tau apa nasib dia lepas tu.

Aku menulis tentang cikgu ni sebab aku terbaca paper tentang seorang cikgu di Pahang yang sanggup merogol muridnya yang berumur 15 tahun. Memang lahanat sungguh cikgu ni, sepatutnya dia mengajar muridnya dan bukannya menggunakan muridnya untuk memuaskan nafsu setannya. Cikgu macam ni memang tak patut wujud di muka bumi ini. Terfikir aku tentang anak aku bila baca kisah ni, jangan la anak aku menjadi seperti mangsa ni Nauzubillah. Risau bila ada anak perempuan ni kena jaga supaya tak menjadi mangsa.

Cikgu zaman sekarang ni lebih berat tugas mereka sebab murid2 sekarang semuanya bijak2 belaka so kenalah mereka bersedia menyahut cabaran untuk mendidik anak bangsa agar menjadi insan yang berguna. Kepada cikgu2 semua teruslah mendidik dengan ikhlas dan jangan ambil mudah dalam mendidik. Selamat Hari Guru buat rakan2 yang bergelar cikgu!




Ni bukan gambar hari guru ye, mama tekun dengan blog anak tekun tengok tv, baek punya seat depan sekali, pulak tu cun aje dalam bakul baju mamanya.

5 comments:

ibh_sue said...

Oit..apsal aku tak tau pun pasal kes cabul tu..emmmmm..kerrrr aku yg dah hilang ingatan kot..kikiiiiiii

gerhana luka said...

sue minggu lepas punya brite la, ko malas baca paper ye... cikgu tu dah kena tangkap pun padan muka dia

ibh_sue said...

Bukan la..tuuuuu..cita ko yg masa darjah 5 tu..betul ka...

Cik Ina Do Do Cheng said...

ooo cite tu pun cik ina banyak dalam paper. tak malu betul cikgu tu, dalam duk mengajar boleh mencabul sekali.sanggap betul.

gerhana luka said...

sue ko tak igt ye sampai yg terlibat kena panggil ngan GB kat pejabat pasal cikgu "N" ukur tinggi budak2 kt belakang bilik muzik? ada yg kena cabul masa tu