Monday, 2 May 2011

Hari Minggu Hari Orang Buat Kenduri Kahwin

Hari ni sepupu aku buat kenduri kahwinkan anak dia, sebenarnya sepupu aku ramai yang dah ada anak yang besar2 dan dah bercucu. Cuma dari keluarga aku je yang blum ade lagi yang nak kahwinkan anak sebab kitorang muda belia lagi haaa... anak pun kecik2 lagi camane nak kahwinkan. Sepupu aku ni awal2 lagi dah jemput datang menolong tapi ape nak buat dah big bos kena keja tak dapat la nak pegi merewang kat umah dia, jawabnya datang makan kenduri je... Tak pe ramai dah orang kampung datang merewang.
Masa pengantin bersanding ada plak budak2 buat persembahan tarian fuhhh macam dalam cita melayu zaman hitam putih plak ada dayang2 menari heee.. bagus budak2 ni pandai menari tarian tradisi takde la terikut2 ngan shuflle (betul ke eja ni) yang tah hape2.
Suka aku tengok gambo tiga mak budak ni sorang senyum kompius, sorang senyum menggoda, sorang lagi senyum tercekik. Sempat lagi berposing tu, aku senyum sorang2 tengok gambo ni.
Bila ade sedara mara buat kenduri kahwin ni la masanye nak berkumpul sedara mara yang dah lama tak jumpa. Kalau jumpa pun tunggu raya la jawabnya sebab masing2 sibuk dgn kerja. Bila dah berjumpa macam2 la kerenah diorang ni.

Apa2 pun terima kasih la kat sepupu aku yang terima menantu hari ni, sedap orang kampung masak sampai berpeluh2 aku makan sebab kepedasan. Sori la tak dapat nak menolong lagipun anak aku plak demam. Lain kali la ye kak.
Acara biasa bila kenduri kahwin mesti nak bergambo kat pelamin. Pengantin lari bila geng2 ni start nak posing haaa....

2 comments:

Cik Ina minat Do do Cheng said...

amboi berjimba-jimba dikenduri kahwin adalah saat yang paling indah. kat mana ni?cam familiar je cam pakai spek tu

gerhana luka said...

rantau panjang klang, tetamu dr kg sekinchan heee....