Wednesday, 18 May 2011

Layan sup cendawan & fishball + Layan sugar glider

Semalam punya cerita gelojoh sangat makan sampai tulang ikan tercucuk kat celah gusi. Punyalah sakit, bila bangun tido pagi tadi gusi dah bengkak satu hal pulak nak makan kemain susah nak mengunyah. Nampaknya layan sup ajelah hari ni. Bestkan makan sup cendawan ni tambah2 lagi ada fishball. Bukan mamanya yang makan sangat fishball ni anak2 je yang sapu habis, mamanya makan cendawan jer.



Layan Sugar Glider La Pulak
Hari ni rasa penat plak nak buat kerja rumah ditambah dengan sakit gusi, telan panadol baru hilang sakit. Hari ni nak kena bersihkan sangkar sugar glider dan lap2 sikit bulunya bagi bersih. Si poey ni asyik berak cair je, sian pulak aku tengok. Si memey ok je aktif sangat nak lap bulunya pun susah, nak menggigit jer takut air pulak dia.


Ni la rumah Poey dan Memey

Poey menikmati epalnya sampai tak toleh kiri kanan


Memey tumpang 4 kaki nak online, kacau jer



Tengok la aksi memey ni bermanja dengan along, suka sangat dia kalau dapat main gigit2 tangan along



Dah puas main sekarang masa untuk memey bersenam pulak, poey dah tido dalam rumahnya.



Yang besar kat depan tu Memey, yang kecik sket kat belakang Poey

 
 



5 comments:

Cik Ina Do do Cheng said...

cik ina pun suka sup cam tu.suka ratah cendawan .sedap.

first time nengok sicomel tu.beli kat mana dik?tak delah geli cam hamsterkan.

gerhana luka said...

comel kan, mula2 geli sbb dia suka gigit tp bila dah manja best layan. beli kt mudah.com kak

~~zAnAfAhMi~~ said...

apa tu? tupai ke? akak tak boleh binatang mcm ni tp anak akak suka sgt. masa mula2 bela arnab, geli geleman akak, lama2 ok pulak tp akak takleh binatang kecik2, menggeletar tgn ni....

thanks singgah blog akak.

ibh said...

eiiii..apa tu weh!..Geli plak aku..tapi comei gak..ngeee

norlie said...

comelnya binatang tu.. ia kan besar lagi x? dulu anak bela hamster punya membiak banyak sampai x terjaga!sebab suka gaduh.kes cemburu latu! berapa hage ni??