Tuesday 17 May 2011

Menu pahit


Tengok pokok betik ni, agak2 boleh buat ape ngan pokok betik jantan ni?


Ya bunga betik dan pucuknya boleh makan buat ulam. Sanggup makan ke pahit tu... ada cara nak bagi tak pahit iaitu dengan merebusnya bersama daun senduduk. Tapi kalau tak pahit bukan ubat namanya. Pucuk betik ni bagus di makan untuk kempiskan perut. Masa dalam pantang hari2 aku makan pucuk betik ni, mak aku kata buat tambah air susu. Pagi tadi masa bukak pintu belakang rasa teringin plak nak makan bunga betik tu yang aku petik bunganya nak masak goreng taucu. Resepi ni belajar dari mek indon pembantu rumah kakak ipar aku. Biasa rebus je buat ulam, tapi mek indon tu pandai plak nak bagi sedap bunga betik tu. Aku ikut jer resepi dia, sedap gak sampai mak mentua aku & kakak ipar aku pun dah jadi suka makan bunga betik goreng taucu ni. Sapa nak try boleh la cuba resepi ni ya.



bunga betik, bawang merah, bawang putih, cili padi, udang kering, air asam jawa, taucu



celur bunga betik, kalau tak suka pahit celur sekali dengan daun senduduk tapi tak payah la makan daun senduduk tu sekali.



Tumis bawang merah, bawang putih, dan udang kering sampai garing. Bila dah garing masukkan cili padi yang diketuk atau dipotong kecik2. Sesudah itu masukkan sesudu taucu dan air asam jawa. Kacau2 dalam kuali. Garam tak payah bubuh sebab taucu dah masin. Bubuh gula secubit.



Masukkan bunga betik yang dah dicelur tadi dan kacau rata bagi rencah sebati dengan bunga betik. masak sekejap jer kemudian boleh la tutup api.



Inilah dia rupa bunga betik goreng taucu, pahit, pedas dan masam. Makan sayur ni dengan kuah singgag cicah budu pun sodap.









7 comments:

ibh_sue said...

Siyes..first time haku dgr ni..besa tu buat kerabu ja...

Cik Ina Do Do Cheng said...

sedap, cik ina suka sebab boleh wat ubat kencing manis biarpun belum ada kencing manis lag.wat kerabu pun sodap.

Ateh Nour said...

Sallam Gerhana luka,

Sedap gayanya ni,
mesti cuba nanti,
tak pernah makan saya
bunga betik ni,
biasanya buat ulam
pucuknya aja.

Granny Hani said...

saya kalau pahit2 ni kurang suka sikit tapi tgok resipi ni rasa nak try pulak.

sedap lah lagu latar blog ni..berkesan d hati.

gerhana luka said...

betul tu, pahit dia jadi ubat, bila dah masak taucu ni pahitnya bercampur dgn rasa masam dan pedas unik sket bila rasa sekali nak lagi heee...

gerhana luka said...

hani@debumelukut; thanks ya saya ni budak baru belajar lagu latar ni lagu kesukaan saya

Anonymous said...

Mmg feberet..blajar dr akak indon jgk..hehetp sy tambah terung pipit..