Saturday 21 May 2011

Cubaan Membuat Muffin Kembali

Setelah cubaan membuat muffin yang pertama gagal sebab muffin tak mencapai tahap yang diimajinasikan aku kembali bersemangat untuk mencuba lagi. Kali ni dengan membuat muffin cip coklat pula yang resepinya aku baca dari beberapa sumber dan kesimpulannya semua lebih kurang sama.
Resepinya resepi asas sahaja kemudian aku tambah ikut kreativiti aku seperti yang dicadangkan dan hasilnya memuaskan hati la tapi belum mencapai tahap yang aku nak. Berbanding cubaan pertama muffin tak naik cam gunung berapi merekah, cubaan kedua boleh dikatakan membanggakan la jugak cuma yang aku tak puas hati muffin tak berapa nak moist. Sapa nak jawab? macamana nak bagi muffin jadi moist dan cair dalam mulut (mmg bila masuk mulut mesti cair punya).



ini resepi muffin cip coklat

2 cawan tepung gandum (aku guna 1cwn tepung naik sendiri)
3/4 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan susu perisa coklat (dutch lady)
1/4 cawan minyak (aku guna 50g butter)
cip coklat ikut suka banyak mana
cara:
1) tepung, gula castor, garam, baking powder, serbuk koko diayak dalam bekas. Buat lubang tengah2.
2) butter dicairkan dan biar sejuk. susu dipanaskan sampai suam2 kuku.
3) pukul telur, campur butter dan susu kacau2 sikit masuk dalam bekas tepung
4) kaub balik adunan mufin bagi rata semuanya
5) sudu adunan dalam cup sampai habis
6) tabur cip coklat atasnya
7) bakar dalam oven yang dah dipanaskan dulu

*seperti yang dinasihatkan oleh cik ina do do cheng adunan tu kena pandai2 agak bila rasa macan tepung kurang aku tambah tepung sikit sebab adunan macam lembik sikit, tu sebab aku bubuh tepung naik sendiri (kira pandai2 sendiri la ni dlm resepi tak suruh bubuh pun)

rasa2nya nanti nak cuba buat muffin yang guna coklat masakan plak nak rasa sedap ke tak ikut resepi tu. Tapi kena tunggu big bos bawak pegi shopping barang dapur la baru boleh beli bahan2, nak pegi shopping sendiri big bos tak bagi pegi  bahaya katanya , takut dengan penyimbah asid. Alasan yang boleh digunakan untuk menakutkan para2 wanita seluruh warga kota jadi kena duduk rumah ajer le.
sekian assalamualaikum.

5 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

Pandai pun, tu dah jadilah tu. Cantik kaler muffin coklat tu berkilat.Kalau nak buat benda-benda semua tu kena selalu try and error.cik ina pun cam tu.

gerhana luka said...

thanks,tapi tak puas hati sebab cam kering je muffinnya kak.

Unknown said...

akak datang nak tumpang rasa ni.. nampak gebunya...

Unknown said...

gerhana luka..akak kalau buat kek jarang guna teoung kek sebab dah mahal...

gerhana luka said...

kak norlie, ni nak abiskan stok tpg kek yg ade je.