Sunday, 7 August 2011

Sup Cendawan Singgah Sahur

Assalamualaikum,

Selamat berhari minggu dan selamat bershopping di hari minggu, maklum ajelah hari ni kan cuti mesti ada yang nak pegi shopping baju raya untuk anak2 dan keluarga. Niat di hati ni nak gak jenjalan kat Jusco ke petang kang boleh la bebuka kat luar sekali tapi tengok la bos rajin ke tak.

Meh tengok singgah sahur aku subuh tadi, ni boleh up trapik ke? ceh tak mo ngalah gak ngan cik ina ngan wok with yan dan cik betty ngan ketuk2 ramadannya heee...



Sup cendawan bersama fishball siram atas nasi sampai banjir tak sedar nasi boleh habis sepinggan.



Telur dadar, along pesan malam tadi nak sahur nasik ngan telur + kicap bila time sahur puas kejut tak nak bangun sahur camne kompem tak pose jawabnya anakku itu.



Cili kicap nak bagi pedas baru rasa selera lebih sikit time sahur.
Dah habis rancangan singgah sahur...

3 comments:

ibh_sue said...

Menu simple mcm ni la yg buat laju makan tu....

Cik Ina Do Do Cheng said...

dik singgah sahur ye, meriah sahur tu.cik ina memang suka sangat cendawan tu masak apa-apa pun. tu banjirkan dalam nasi panas tu memang sedap. dah semestinya pedas, baru selera.

Rina Rahamat said...

ohoks..terbatuk sy..singgah sahur kat sini ah..hehe..sahur mmg sedap makan simple..