Monday, 15 August 2011

Home Made Chocolate!

Assalamualaikum,

Semalam aku berbuka puasa kat rumah kawan suami aku yang dulu kena serangan jantung. Alhamdulillah dia dah semakin pulih tapi masih bercuti kerana belum begitu sihat. Apa yang aku cukup rasa berbanggan ialah isterinya yang aku panggil kak Wanie sudah mula sikit2 berusaha mengambil alih untuk menyara kehidupan keluarga. Kak Wanie sekarang sedang mengusahakan home made chocolate sendiri. Sebenarnya kak Wani dah belajar membuat chocolate ni sejak 2 ke 3 tahun lepas di Koko Malaysia, dan sekarang dia berjaya mengaplikasikan kemahirannya untuk menjana pendapatan dari rumah. Aku berkesempatan merasa chocolate buatan tangan kak Wanie. Memang superb, chocolate buatan Kak Wani setanding dengan Chocolate Cadbury dan aku sambar 2 bekas untuk dijadikan hidangan raya. Rasanya tak sempat raya kot mesti chocolate ni habis masuk mulut.



Ni white chocolate yang aku beli, chocolate ni memang best tak terlalu manis macam kebanyakan white chocolate yang ada. White chocolate ni mempunyai campuran badam dan kelapa, dan itulah yang menjadi keistimewaannya.



Yang ini pula adalah pure chocolate kira2 macam dairy milk la. Chocolate ni tak mempunyai sebarang campuran dan rasanya masih mengekalkan chocolate kurang manis. Penggemar cholate mesti suka dengan kelazatan pure chocolate ni.

Ada dua lagi chocolate yang kak Wanie buat tapi tak sempat nak ambik gambar la pulak. Ada juga chocolate yang berinti sebiji badam dan chocolate yang berinti kismis yang dibentuk bulat2 macam chocolate cadbury tu tapi chocolate ni untuk pasaran raya dah out of stock sebab Kak Wani kata dia dah tak larat nak buat yang jenis ni. Satu lagi adalah chocolate jenis block juga macam white chocolate cuma sepenuhnya chocolate dan mempunyai bertih beras seperti chocolate crispy tu dan yang pastinya memang sedap giler. Sebagai penggemar chocolate aku memang suka chocolate hasil tangan Kak Wani ni sebab aku dah banyak rasa home made chocolate dan kebanyakannya aku tak boleh nak makan habis walau sebiji. Berbeza dengan home made chocolate Kak Wani jangan kata sebiji sebekas pun aku boleh habiskan hee.. Yang pastinya home made chocolate Kak Wani dibuat dari bahan2 yang berkualiti dan dah pastinya halal dan tak diragui.

Sapa2 yang berada di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur terutamanya kawasan berhampiran Sepang atau KLIA kalau nak merasa chocolate yang sedap ni boleh la berhubung dengan Kak Wanie melalui email - wanienaser@yahoo.com atau jadi rakan facebooknya Wanie Naser atau telefon je 019 3466262 untuk urusan mendapatkan chocolate yang sedap ni. Aku tolong promote sebab chocolate ni memang sedap.

3 comments:

Rina Rahamat said...

Alah..jauhnya..kalau x mmg sy dah order..

betul ada sesetengah home made chocolate ni x sedap..

Cik Ina Do Do Cheng said...

kat tempat cik ina dorang jual tak sedap, harap manis je lemak tak de. nampak adik tunjuk tu sedap.cam teringin je nak buat coklat, cam bestkan.boleh sesuka hati letak kacang atau walnut.

gerhana luka said...

saya pun rasa teringin je nak belajar buat coklat sendiri, dengarnya kat lembaga koko malaysia pelabuhan klang ada anjurkan kursus membuat coklat ni.