Tuesday, 31 May 2011

Jom Sarapan Nasi Goreng!

Assalamualaikum,

Selamat pagi, hari ni rajin sikit masak sarapan sebab anak pun cuti sekolahkan. Menu pagi ni senang je masak nasi goreng kesukaan anak iaitu nasi goreng telur kurang pedas. Kalau buat nasi goreng kena ada pedas2 sikit baru sedap kalau pedas sangat cian pulak kat budak2 asyik mintak air jer.



tengok tu telur melambak dalam nasi, ni budak2 suka sangat kalau makan nasi goreng ada banyak telur, kalau beli nasi goreng kat kedai tak de telur banyak cenggini. Sila la makan sarapan masing2 ya.

Sunday, 29 May 2011

Lalai Kah Aku?

Assalamualaikum,

Hari ni hari ahad, pagi tadi aku pegi pasar depan rumah tempat biasa beli ikan dan sayur. Kat situ ada sederet kedai orang menjual ikan dan sayur, kedai hujung sekali tuan punya kedai orang cina yang biasa aku panggil unti, tengah2 melayu tuan punyanya seorang pak cik yang ada beberapa buah lagi kedai kat tempat lain dan yang sebuah lagi kedai melayu gak tuannya seorang perempuan dan kedainya bersambung sekali dengan kedai makannya.

Aku suka pegi kedai perempuan ni sebab harganya murah sikit dan ikannya masih cantik. Pagi tadi entah apa tebiatnya aku pegi kedai tak bawak beg duit aku cuma genggam not 50 dalam tangan dan kunci rumah. Nak jadi cerita masa aku tengah pilih2 ikan dan sayur aku tercicirkan duit kat tangan aku, tapi aku tak perasan. Mungkin aku tercicir masa aku sibuk memilih2 barang tu tapi aku memang ingat duit tu masih ada kat tangan masa aku pilih ikan dan aku letak bekas ikan kat kaunter. Lepas tu aku pilih sayur dan bawang mungkin masa ambik plastik nak letak bawang aku terlepas duit kat tangan, pastu aku pusing2 kedai cari benda lain nak dibeli. Aku tersedar duit tak ada kat tangan bila aku nak bayar barang yang aku beli, gelabah aku mencari duit tu keliling kedai tapi tak jumpa. kecoh kedai tu. Masa tu aku rasa nak menangis apa taknya 50 inggit tu aku boleh beli stok lauk untuk beberapa hari.

Aku terkilan gak sebab duit tu tercicir kat dalam kedai kalau tercicir kat tengah jalan aku tak kisah sebab kalau orang jumpa pun mesti dia tak tau sapa tuannya. Tapi tercicir dalam kedai dan kalau orang tu jumpa dia sepatutnya bagi kat tuan kedai tapi... inilah manusia yang tak berhati perut, tergamak dia ambik duit yang tercicir kat dalam kedai. Masa tu memang ramai orang kat kedai tu dan ada la mak cik yang perasan memang nampak aku pegang duit tu masa pilih barang tapi dia tak perasan pulak orang yang ambik duit yang tercicir tu. Mungkin orang yang ambik tu terus blah dari kedai tu bila dah ambik duit tu. Aku heran betul tergamak dia ambik... aku kalau jumpa duit kat jalan pun tak pernah aku nak ambik, aku biar je kat jalan takut aku anak ambik.

Memang aku lalai memegang duit kat tangan tapi tulah benda dah nak jadi kan. Rasa menyesal gak tak bawak beg duit dan seluar pun tak de kocek masa tu nak letak duit. Aku berdoa semoga si pencuri duit tercicir tu sedar la perbuatan nya dan dibukakan hatinya untuk memulangkan duit tu kepada tuan kedai supaya tuan kedai tu dapat bagi pada aku. Aku tau pencuri tu adalah seorang perempuan sebab semua yang ada kat kedai tu tadi perempuan dan ibu2. sedarlah mengambil hak orang adalah berdosa apatah lagi jika duit tu digunakan untuk membeli makanan dan makanan tu diberi kepada anak2 makan dan menjadi darah daging maka haram jadinya. Aku tak menaruh harapan yang tinggi untuk dapat duit tu semula tapi memang aku terkilan sangat. Semoga Allah mengampunkan dosa2 nya Amin.

Saturday, 28 May 2011

Xtra Moist Choc Cake

Dah lama aku teringin membuat kek coklat yang sungguh lembab ni, selalu aku buat kek coklat yg kureng lembabnya. Resepi kek ni jumpa kat dapur si HaSue, mmg banyak benor resepi berkaitan cokat kat dapur dia tu. Aku ni memang penggila kek coklat, kalau aku membaking kek coklat aku jer la yang membaham kek ni ngan baby, along tak berapa nak sangat tapi kek coklat kali ni dia suka pulak.

Hari tu masa balik umah mak aku dah try membaking kek ni tapi silap metod tak jadi kek ni, dia jadi kuih talam heee... Apa taknya aku pegi blend semua bahan dengan sesungguh hati, ambik ko tak jadi kek tu. Kali ni aku tak menderhaka aku follow metod membaking dengan betul dan hasilnya superb!

Resepi Kek Coklat Xtra Moist

bahan2 untuk di panas suamkan
100gm serbuk koko
180gm gula pasir
1 tin susu sejat (aku guna tin pendek)
200gm minyak (aku guna butter)
250gm susu pekat

4 biji telur dipukul kembang
150gm tepung gandum (aku guna tepung naik sendiri)
1 st soda bikarbonat (tak letak sbb dah guna tepung naik sdr)
1 st baking powder
1 st asen vanila (aku tambah sendiri)



step 1 campurkan bahan untuk dipanas suamkan dalam periuk dan dikacau atas api yang kecil (jangan sampai mendidih)
step 2 pukul telur sampai kembang (berbuih)
step 3 masukkan bahan cair dalam telur dan di kacau2 sebati
step 4 masukkan tepung sambil kacau2 sebati
step 5 masukkan dalam loyang untuk dikukus, nak bakar pun boleh



kukus kek lebih kurang 45 minit, kukusan kena panaskan dulu. Ni gambar dah siap kukus nampak gebu je. Bila dah masak sejukkan dulu sebelum di hias.



masakkan toping untuk siram atas kek coklat tadi. Caranya ialah dengan memanaskan coklat masakan secara double boiler, tapi aku buat sendiri je toping tu dengan mencampurkan serbuk koko + susu pekat + susu sejat + butter. Dia punya kemanisan dan kepekatan ejas ikut suka heeee....
siram toping atas kek pastu taburkan nasi coklat



Inilah rupa kek coklat yang Xtra moist tu, memang sedap aku suka sangat2. Thanks to tuan punya resepi yang best ni, sedap sangat.

Sarapan ape?

Sarapan ape pagi ni? Mai pekena nasi lemak kopi "o"... ceh aku tak minum kopi pun, minum susu jer hee... makan nasi lemak ngan telur puyuh rebus fuhh! bertambah2 kolestrol tak pe lepas ni boleh bakar  balik kalori2 yg ada dengan melakukan kerja2 rumah yang melambak, cuci bilik air, kemas bilik belakang yang dah tak ade orang sbb anak buah aku dah masuk matrik. Apa lagi kerja ya ohhh banyaknya nak kena buat... apa2 hal makan dulu & siapkan my heroin N hero dulu biar dia layan tv tak kaco aku buat keja.


sedap kan sarapan nasi lemak, pastu rasa ngantuk plak lepas makan heee... tak boleh jadi nih kena kuatkan semangat.
okey la selamat bercuti dan mengemas rumah buat org yang tak kerja ari ni... bye!

Friday, 27 May 2011

Sotong Ala Padprik

Assalamualaikum.

Malam tadi saya masak sotong ala2 padprik gitu (sopan sikit pagi2 jumaat ni). Biasa masak daging atau ayam je saya selalu masak stail padprik ni. Semalam rasa nak masak sotong padprik plak, selalu kalau sotong saya mesti masak sambal atau goreng kunyit jer. Tukar stail pulak mesti sedap (hee... perasan).

bahan2


sotong anggaran 6-8 ekor yg sedang
bawang putih 2 ulas
serai sebatang
sehiris halia dan lengkuas
beberapa helai daun limau purut
kacang panjang
bunga kobis
lobak merah
tomato
cili blend
sos tiram
sos tomato
sos cili
kicap pekat

*sotong dibersihkan dan dipotong ikut suka
*bawang putih, serai, halia dan lengkuas diketuk
*sayur dipotong ikut suka
*tomato guna separuh aje

Mari Mulakan Memasak


sotong digaul dengan garam kunyit kemudian digoreng sebentar setengah masak
ketuk bawang putih, serai, halia dan lengkuas
tumis bahan yang diketuk tadi dalam minyak lebihan menggoreng sotong tadi sampai garing



bila bahan tumisan tadi sudah garing, masukkan cili blend dan tumis lagi sampai cili  pecah minyak.
masukkan 1 sudu besar sos tiram, 1 sudu besar sos cili, 3 sudu besar sos tomato dan 2 sudu kicap pekat.
teruskan memasak sampai bahan mendidih kemudian masukkan air (kalau suka kuah banyak bubuh air banyak sikit) dan biarkan mendidih sebentar.



masukkan sayur yang sudah dipotong mengikut cara sendiri, kacau2 sebentar
masukkan pula sotong yang telah digoreng separuh masak tadi, kacau lagi.
masukkan daun limau purut yang diramas2 sikit supaya menghasilkan aroma yg sedap, kacau lagi.
akhir sekali masukkan tomato yang dipotong mengikut selera masing2, kacau2 sekejap dan bolehla tutup api.

*perasakan dengan garam kalau kurang masin. Masa bubuh sos tiram masukkan sedikit gula untuk membangkitkan rasanya. Kalau ada pes tomyam boleh bubuh sikit untuk memberi keunikan rasa masak padprik ni.


inilah dia sotong ala2 padprik kat kedai tomyam yang telah siap dimasak oleh saya. Sedap tau, cubalah sendiri.

Wednesday, 25 May 2011

Kerabu Mangga

Assalamualaikum,

Sebenarnya dah lama aku nak buat kerabu mangga ni. Bila pegi pasar je mesti lalu kat rumah jiran yang ada pokok mangga. Buahnya tak lebat tapi cukup membuatkan aku kecur air liur. Nak minta malu, ya la takkan aku nak ketuk pintu rumah orang plak semata2 nak minta buah mangga. Nak ambik je tak elok bedosa tak minta izin tuannya dan mak aku tak pernah ajar ambik orang punya tampa bercakap, aku ingat pesan mak aku. Kat pasar ada pulak orang jual mangga muda ni yang aku beli 2 biji, kecur air liur tengok mangga ni...


bahan2
2 biji mangga muda
1 kuntum bunga kantan
2 ulas bawang merah kecil
5 biji cili api thai
beberapa ekor udang kering
sedikit garam, gula dan perasa

cara2
racik dan hiris mangga halus2
hiris halus bunga kantan
hiris halus bawang merah
hiris cili api
tumbuk udang kering
satukan semua bahan dalam bekas kemudian gaul rata. perasakan dengan garam, gula dan perasa. Hidang untuk dimakan bersama2 nasi panas

eemmmm... sedapnya

Ke Gambang

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari tak sempat nak up date story kat blog ni sebab aku rasa letih satu badan. Lagipun line bband ni asyik nak putus2 je letih aku nak connect balik, tengah2 syok menaip tiba2 tak begerak rupanya dah offline sabor je aku. Susah2 kang aku mintak pasang wifi plak padan muka bband ni.

Hari Ahad ari tu aku pegi Gambang hantar anak buah masuk matrikulasi pahang. Rancangannya nak bertolak awal pagi dapatla merayap makan angin kat teluk cempedak tapi banyak pulak rancangan tergendala lewat petang baru gerak, nampak gayanya tak dapat le makan angin masuk angin jer la.



Sampai Gambang dah malam, tercari2 jugak kat mana letaknya pusat matrikulasi tu. Disebabkan dah malam nak cari tempat tido pun susah dah tak nampak kat mana hotel. Kalau ada pun di Gambang Resort mak oii... tak berbaloi kalau nak tido dah le nak check in lewat, paginya dah nak check out plak so terus la ke Kuantan mencari tempat tido. Di Kuantan banyak la hotel, cuci mata sikit keliling kuantan mencari tempat tido.



Terjumpa la satu tempat makan ala2 foodcourt, makanan kat situ banyak pilihan dan harga berpatutan. Memang lebih murah berbanding makan kat Klang. Anak aku layan keliling foodcourt tu sambil makan. Bab ni la yang aku paling tensen kalau makan kat luar diorang ni tak boleh nak duduk diam, mesti nak main sana sini. Letih aku nak kawal 2 org anak ni, perut lapar pun boleh jadi kenyang.

Pagi Isnin pegi gambang, anak buah kena mendaftar sebelum pukul 12. Disebabkan ramai orang nak mendaftar jalan masuk ke matrikulasi tu boleh jadi sesak kalah kolumpo. Udah le panas jalan pulak jem sabor jer la. Kereta suami aku ni alah dengan cuaca panas, aircond pun tak de rasa sejuk rasa macam duduk dalam oven jer.

Satu peel orang Malaysia ni yang aku tak paham, bila tentang urusan mengisi borang ke, bayaran apa2 ke suka nak tangguh2. Bila sampai masa baru la nak kelam kabut. Bukan apa masa aku menemankan anak buah aku ni mendaftar ada la beberapa budak ni bayaran yang disuruh bank in kan pun tak di bank in kan camane nak mendaftar tak paham atau saja buat2 tak paham. Dah tu ada jugak yang tak siap isi borang, itu ini tak lengkap, sabor jer aku tengok... nak kata spm tak pass tak jugak sebab dapat masuk matrik. Inilah mentaliti orang2 yang tak suka nak take serius pada sesetengah hal sampai menyusahkan orang lain. Mujur bukan aku jadi urusetia kalau tak sia2 kena sembur.



Dalam perjalanan balik kereta ni buat hal, fuhh bepeluh penumpang dalam kereta kepanasan. Mujur 2 askar tido kalau tak penat lagi aku nak mengawal diorang ni kat tengah2 jalan yang panas ni. Sampai rumah je semua orang pengsan kepenatan termasuk la aku. Kesian mak aku yang terjatuh masa nak lintas jalan kat depan hotel, entah macam mane tiba2 kaki terpelecok terus jatuh luka sebelah lutut, kaki sebelah lagi terseliuh. Tapi mak aku ni pandai cover tak sakit katanya tapi terhencot2 la juga berjalan. Mujur dalam kereta ada peti kecemasan boleh gak cuci dan tampal luka. Dapat satu tanda kenangan pegi Kuantan.

Sunday, 22 May 2011

Toturial Memasak Mee Goreng Pedas

Semalam adik kesayangan aku tu mintak aku bagi resepi mee goreng pedas. Hari tu aku dah ajar dia camane nak buat boleh pulak dia kata lupa. Adik aku yang sorang ni memang, dah ada anak sorang pun memasak fail lagi sabo jer la. Pagi ni aku buat sarapan mee goreng jadi dapat la aku hapdet resepi sekali, sudi2 la membacanya ye.


Bahan2


bawang merah dan bawang putih ditumbuk, udang dibuang kulit supaya senang nak makan, fish cake 3 keping, tahu dilimur garam dan digoreng kemudian potong kecik2.



mee kuning sebungkus, sos tiram 1 sudu besar, sos cili 4 sudu besar, kicap ikut suka hati banyak mana, telur sebiji kalau tak suka tak payah letak, cili blend 2 sudu besar.

Mari mulakan memasak



tumis bawang yang ditumbuk tadi sampai naik bau dan garing ya, ingat jangan sampai hangus.



bila bawang dah garing masukkan cili blend dan teruskan menumis sampai cili blend tu masak



seterusnya masukkan sos tiram, sos cili dan kicap. Kacau rata semua bahan sampai sekata, kemudian masukkan udang yang dah dibuang kulit dan dibersihkan. Kacau2 lagi sampai udang sedikit masak.



bila udang dah hampir masak masukkan pula fish cake dan kacau lagi. Selepas itu bolehla masukkan mee kuning tadi. Mee kuning tu kena basuh dulu ya kang rasa pahit kapur plak. Gaul2 kan mee supaya bahan sosnya sebati pada mee.



kemudian bolehla masukkan tahu goreng yang dah dipotong2 tadi dalam mee. Tak lupa masukkan la sawi yang dah dibasuh bersih dan tauge. Kacau2 la mee tu supaya sayur dan mee sekata. Opps lupa la nak letak telur tadi. Untuk kali ni aku terlupa nak masukkan telur la pulak. Telur sepatutnya masukkan sebelum masukkan mee, tapi tak bubuh telur pun tak apa tak jadi hal lah. Kacau2 sampai sayur layu baru tutup api.



mee goreng dah masak hidang la, jemput makan semua.

Saturday, 21 May 2011

Cubaan Membuat Muffin Kembali

Setelah cubaan membuat muffin yang pertama gagal sebab muffin tak mencapai tahap yang diimajinasikan aku kembali bersemangat untuk mencuba lagi. Kali ni dengan membuat muffin cip coklat pula yang resepinya aku baca dari beberapa sumber dan kesimpulannya semua lebih kurang sama.
Resepinya resepi asas sahaja kemudian aku tambah ikut kreativiti aku seperti yang dicadangkan dan hasilnya memuaskan hati la tapi belum mencapai tahap yang aku nak. Berbanding cubaan pertama muffin tak naik cam gunung berapi merekah, cubaan kedua boleh dikatakan membanggakan la jugak cuma yang aku tak puas hati muffin tak berapa nak moist. Sapa nak jawab? macamana nak bagi muffin jadi moist dan cair dalam mulut (mmg bila masuk mulut mesti cair punya).



ini resepi muffin cip coklat

2 cawan tepung gandum (aku guna 1cwn tepung naik sendiri)
3/4 cawan gula castor
1 sudu teh baking powder
1/2 cawan serbuk koko
1/2 sudu teh garam
2 biji telur
1 cawan susu perisa coklat (dutch lady)
1/4 cawan minyak (aku guna 50g butter)
cip coklat ikut suka banyak mana
cara:
1) tepung, gula castor, garam, baking powder, serbuk koko diayak dalam bekas. Buat lubang tengah2.
2) butter dicairkan dan biar sejuk. susu dipanaskan sampai suam2 kuku.
3) pukul telur, campur butter dan susu kacau2 sikit masuk dalam bekas tepung
4) kaub balik adunan mufin bagi rata semuanya
5) sudu adunan dalam cup sampai habis
6) tabur cip coklat atasnya
7) bakar dalam oven yang dah dipanaskan dulu

*seperti yang dinasihatkan oleh cik ina do do cheng adunan tu kena pandai2 agak bila rasa macan tepung kurang aku tambah tepung sikit sebab adunan macam lembik sikit, tu sebab aku bubuh tepung naik sendiri (kira pandai2 sendiri la ni dlm resepi tak suruh bubuh pun)

rasa2nya nanti nak cuba buat muffin yang guna coklat masakan plak nak rasa sedap ke tak ikut resepi tu. Tapi kena tunggu big bos bawak pegi shopping barang dapur la baru boleh beli bahan2, nak pegi shopping sendiri big bos tak bagi pegi  bahaya katanya , takut dengan penyimbah asid. Alasan yang boleh digunakan untuk menakutkan para2 wanita seluruh warga kota jadi kena duduk rumah ajer le.
sekian assalamualaikum.

Friday, 20 May 2011

Char Kue Teow

Tutorial Memasak Char Kue Teow ini ditujukan untuk adik tersayang semoga lepas ni boleh masak char kue teow. Orang lain pun boleh gak kalau nak cuba silakan.


Nak masak char kue teow mesti la ada kue teow, kicap masin dan kalau suka kicap manis, tauge dan kucai



Bahaan2 lain, air rebusan udang beserta udang, isi kerang, bawang putih ditumbuk, sos tiram dicampur dengan petis udang digaul sebati dalam nisbah 1/2: 2
Bila bahan2 sudah disediakan mari kita mula memasak



Tumis bawang putih sampai kekuningan, jangan sampai hangit tengok cam dalam gambar tu mujur tak hangit sibuk sangat nak ambik gambo punya pasal.



Masukkan cili blend sesudu kalau suka pedas buh la banyak sikit dan kalau tak nak pedas jangan bubuh cili blend dan sila ke step seterusnya



Bila cili dah agak2 masak masukkan campuran sos tiram dan petis udang dan kacau2 kan bagi rata



Seterusnya bolehla tuang kicap ya, aku campur kicap masin ngan kicap manis sekali, rasa sedap sikit.








 Masukkan air rebusan udang beserta dua tiga ekor udang dan isi kerang. Air udang bubuh banyak sebab nak bagi berkuah udah namapun char kue teow tak gitu?



Agak dah nak mendidih pecah kan sebiji telur ke dalam kuali (sila pecahkan telur dalam mangkuk dulu ya takut telur busuk) dan kacau2 kan.



Langkah seterusnya, masukkan kue teow pulak dan kacau2 sekejap.



Masukkan tauge dan kucai, kacau rata. Kalau suka tauge rangup jangan masak lama sangat.



Dah masak tutup api, boleh la terus hidang dalam pingan dan terus makan panas2 dah sejuk tak best plak



Letak telur mata sebiji, jemput makan semua... nyam...nyam... susah pulak makan guna chop stik ni guna garfu lagi senang.



Licin dah pinggan jangan marah ya, nak makan kena masak lagi...







Thursday, 19 May 2011

Gulai Lemak Telur Itik Tapi.....

Assalamualaikum,

Pagi2 dah pegi pasar beli stok lauk nak masak. Terjumpa telur itik rasa cam best je, dah lama tak makan telur itik masak gulai lemak cili api cam mak mentua masak. Aku beli 5 biji, 3 biji nak buat gulai lemak lagi dua biji leh try buat kek kukus.


ni la bahan2 nya, ingat2 lupa ni nak call mak mentua kredit tak ada hentam aje la



telur itik 3 biji



santan kelapa aku perah sendiri, tak suka santan yg kedai jual sbb dah campur garam



hampas kelapa ni simpan nak buat scrub badan, heee... jimat duit bukan apa tak cukup duit nak pegi spa



cili, bawang putih, bawang merah ngan kunyit aku blender je ngan santan sikit pastu aku tapis cam ni, serai ketuk je. Aku buat cenggini sebab tak nak bagi kuah ada serbuk2 ngan biji cili, rajin sangat.



hampasnya buang, tak boleh buat scrub kang panas satu badan plak cuti masak jawabnya heee



cetengok struktur kuah tu licin aje... masak la kuah gulai tu dulu tapi jangan sampai mendidih sangat sebelum masukkan telur itik yang dipecahkan sebiji2



tapi last2 ikan kembung yang berenang dalam kuah tu, hampeh... telur itik tu buruk. Sakit hati aku, nasib baik aku pecahkan dalam mangkuk, kalau aku pecahkan dalam periuk jawabnya ngan kuah2 sekali aku terpaksa buang.

Telur itik tu 5 biji semua tak boleh pakai bila dipecahkan kuningnya dah bercampur ngan putih, tapi tak bau busuk plak. Tobat lain kali aku tak beli telur itik melainkan telur itik tu keluar dari vontot itik depan mata aku.



Wednesday, 18 May 2011

Layan sup cendawan & fishball + Layan sugar glider

Semalam punya cerita gelojoh sangat makan sampai tulang ikan tercucuk kat celah gusi. Punyalah sakit, bila bangun tido pagi tadi gusi dah bengkak satu hal pulak nak makan kemain susah nak mengunyah. Nampaknya layan sup ajelah hari ni. Bestkan makan sup cendawan ni tambah2 lagi ada fishball. Bukan mamanya yang makan sangat fishball ni anak2 je yang sapu habis, mamanya makan cendawan jer.



Layan Sugar Glider La Pulak
Hari ni rasa penat plak nak buat kerja rumah ditambah dengan sakit gusi, telan panadol baru hilang sakit. Hari ni nak kena bersihkan sangkar sugar glider dan lap2 sikit bulunya bagi bersih. Si poey ni asyik berak cair je, sian pulak aku tengok. Si memey ok je aktif sangat nak lap bulunya pun susah, nak menggigit jer takut air pulak dia.


Ni la rumah Poey dan Memey

Poey menikmati epalnya sampai tak toleh kiri kanan


Memey tumpang 4 kaki nak online, kacau jer



Tengok la aksi memey ni bermanja dengan along, suka sangat dia kalau dapat main gigit2 tangan along



Dah puas main sekarang masa untuk memey bersenam pulak, poey dah tido dalam rumahnya.



Yang besar kat depan tu Memey, yang kecik sket kat belakang Poey