Saturday, 30 June 2012

Oreo Muffin Resepi Mudah Permintaan Dari Along

Assalamualaikum,

Hari ni sempat buat muffin menggunakan resepi mudah yang diambil dari MyR. Saja aku nak menerai resepi lain dari yang biasa aku gunakan iaitu dari resepi CMG.


tengok la muffin ni merekah cantik tu yang seronok kalau buat muffin. gambar tak edit ni kelabu sikit la pulak



posing sikit cik muffin kita tu shedapnya...

resepi oreo muffin mudah

220g tepung naik sendiri
1/2 cawan gula castor
3/4 cawan susu segar
1/4 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
150g oreo dikisar (boleh ganti dengan bahan lain seperti pisang atau sebarang perasa yang disukai)
2 biji telur dipukul sedikit

panaskan ketuhar
satukan bahan kering dalam bekas dan gaul sekata. buat lubang ditengah-tengah.
satukan semua bahan basah dan tuang dalam bahan kering.
kaup balik adunan
masukkan 3/4 penuh dalam cup muffin.
bakar sampai masak

3 comments:

Acik Erna said...

assalam GL..cantik nampak gebu mffin tu..acik dah lama tak buat muffin..

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

tgk muffin awak teringin nk wa muffin..dulu sy penah buat tp gagal..kesian kan sy buat muffin pon faill..

takpa sy nak terai muffin ni plak lah

gerhana luka said...

Rina buat jangan tak buat kalau ganti ngan pisang lagi best