Tuesday, 5 June 2012

Kebun Saya

Assalamualaikum,

Ha..ha...ha.. tajuk N3 macam tajuk karangan budak sekolah rendah je kan. Apa2 aje la kan ikut sesuka hati nak buh tajuk apa nanti bila di tengok2 balik mesti aku nak tergelak.

 
pokok cili api kampung aku ni dah berbunga tak lama lagi banyak la cili api aku ni. dalam pasu ni tersesat pokok kemangi sepokok saja aku biarkan nanti bila dia berbunga boleh ambik benihnya nak tabur2 kat pasu lain.

 
pokok pandan wangi ni baru ku tanam, asalnya tumbuh kat luar pagar belakang rumah tapi disebabkan dah semak samun aku takut nak ambik daun pandan baik aku ambik anaknya tanam dalam pasu lagi senang bila nak guna nanti.
 

 
pokok gajus ni baru setinggi peha aku, tiap kali pucuknya keluar mesti kupetik2 dengan harapan lagi banyak cabangnya keluar. semenjak dua menjak ni macam kekeringan sikit pokok gajus ni sebab cuaca panas sangat.
 

 
pokok serai ngan pokok kunyit aku ni dah merimbun, ini bermakna aku kena alihkan anak2nya ke tapak lain sebelum mupus. aku dah offer kat jiran2 suh ambik je serai ngan kunyit ni kalau nak guna toksah susah2 pegi beli kat kedai jimat sikit belanja. nampak tak paip air tu senang aku nak siram pokok2 waktu petang sembur je dari dalam pagar.


 
pokok kari aku plak dah besar meninggi dan mula beranak pinak, yang aku heran tu kat setiap pasu aku ada je anak pokok kemangi hee...
 

 
satu2nya bunga yang aku ada ha.ha.ha.. lidah buaya... tu pun puas kakak ipar aku paksa suh tanam sebab nak suh sapu kat rambut anak aku yang selalu demam tu. aci tak aku tanam sekali ngan pokok kucai yang hidup segan mati tak mau tu hee... yang aku heran tu pokok kucai aku tu berbunga tak renti2. sepatutnya aku alihkan pokok lidah buaya tu ke pasu lain kesian dia sampai dah keluar anak masih berkongsi pasu ngan pokok kucai kejam betul hee.. aku dah kehabisan pasu sebenarnya dan en. suami takmo bawak aku pegi beli pasu... (alasan hee..)

 
terbaru pokok mulberry yang baru kusemai dalam dua minggu dah mula bertunas. bila ku belek2 nampak macam nak keluar putik buah biar betik???

sekian karangan yang bertajuk kebun saya ha.ha.ha...

5 comments:

Acik Erna said...

assalam GL..acik suka..baca karangan ni..lebih2 lagi bila melibatkan tentang tanam2an

Shahriah Abdullah Novelis said...

Wahhh rajinnya berkebun.. memang cuaca panas sekarang ni... samalah pokok kat rumah ni pun kuning aje daunnya.. sebab tak hujan satu hal! tak rajin menyiram lagi banyak hal heheee

Bicara Kak Noor said...

kita serupa jugak kekadang siram kekadang di bior je sampai kuning segala pokok tu mengharapkan hujan je heee adoiiiii

Rinna said...

Dah ada kebun nie senang tak yah beli kat pasar.. petik jer kan.. :)

Kamsiah said...

save bajet,kan...tak payah beli kat pasar,petik ja belakang rumah