Assalamualaikum,
Aku ni sebenarnya penggemar makanan dan kuih muih tradisional. Kalau jumpa baulu, dodol, wajik gerenti aku tak tolak punya. Waktu pegi menghantar pengantin kat Ipoh minggu lepas, keluarga pengantin lelaki bagi gift yang dalamnya ada sebekas kecik wajik mana cukup untuk aku. Apalagi menggelepor aku nak makan wajik. Nasib mak aku terrer dalam membuat kuih muih tradisi ni aku pun ambik resepi dari mak. Maka menggigih la aku mengacau wajik berperisa durian lagi ha ambik ko.
kukus pulut anggaran sekilo lebih. aku suka wajik yang bila dikunyah ada krup.. krup... jadi pulutnya harus dikukus kalau nak wajik yang kembang pulutnya harus ditanak. bila pulut dah masak biarkan sejuk dan ketepikan.
dalam kuali besar masukkan pati santan dari dua biji kelapa, anggaran dua mangkuk besar. masuk kurang sekilo gula pasir maksudnya jangan habiskan sekilo gula. masukkan juga 1/2 kilo gula merah dan 3 helai daun pandan yang disimpul.
kacau2 air gula tadi sampai pekat guna sudip kayu
sentiasa kacau sampai membuak-buak camni dan agak pekat baru masukkan pulut
teruskan mengacau pulut, dalam pada tu sempat call mak tanya masa bila nak letak durian ni... mak aku kata kalau nak bagi rasa duriannya kaw kaw masukkan durian lepas masuk pulut. nak masuk durian sebelum pulut pun boleh tapi rasanya kurang sikit.
masukkan isi durian sebanyak yang disukai dan terus kacau sampai pulut pekat
inilah dia pulut manis durian aka wajik durian kesukaan aku. punyalah banyak pulut manis ni sapalah yang akan jadi mangsa untuk makan ni ya... setakat ni belum kuagih-agihkan lagi. sapa nak makan boleh la ambik kat umah aku ni ha.ha.ha.. sekuali besar wajik durian aku tau, ni macam nak buat kenduri la pulak. sapa suka wajik boleh la buat ya.
7 comments:
Nyum2 sedapnyaa tgk wajik tuh.. dulu tak reti sgt makan wajik skrg dah suka plak.. :)
x pandai buat...! makan jer tau...hahaha........
sy makanan berunsur durian mmg suka sgt! tp wajik sy kurang suka tp x taula kalau wajik durian mungkin sy suka kot hihi
smalam sy baru try buat serawa durian..sedapnya sampai menjilat senduk..x tipu ni siap jilat-jilat senduk hihi
oh ya..awk pernah dgr lempuk x? pon buat dari durian..dulu mak tok sy rajin buat tp x sempat menuntut ilmu dia dah sakit lupa-lupa huhu..kalau awk tau tepekla resipi ya sy nak tiru hihi
Rina saya suka gak lempuk durian tu mak mertua saya pandai buat nanti saya tanya dia, bila banyak durian nanti nak buat gak rasanya.
serawa durian cicah roti pun boleh heee...
As'kum FuyooOOohh sedap ni!!! durian banyak kat rumah nanti nak buat macam ni.. sedap bangat ni.... nak aje capai barang segenggam heehee.. stok dah tak tahan kecurr dah ni... mak tolong!!
ssalam GL..acik pun suka..tapi kalau buat ni..acik gantikan gula merh dengan gula kabung..
dik cik ina ambik resepi ye. suami cik ina suka wajik ni tapi cik ina tak tahu nak buat. dia pantang nampak orang jual wajik mesti nak beli. tima kasih ye.
Post a Comment