Assalamualaikum,
Tergoda ngan jelly oreo milo kat SINI tau. Bila dah tergoda tu pepandai la nak membuatnya ya, tapi serius aku memang jenis tak sabo kik.kik.kik. apa taknya nak menunggu jelly tu keras sebelum mula melapis memang satu dugaan buat aku. Apa-apapun jelly oreo milo ni memang best terima kasih kepada empunya resepi asal kerana telah berkongsi resepi dan telah dipanjang-panjangkan kepada ramai yang lain.
ni baru lapis kedua, aku rasa tak nak siram selapis lagi sebab tak sabo nak rasa heh.heh.heh.. saja biar dua lapis aje, sejuk kan cepat2 letak dalam air pastu bila sejuk terus letak kat tempat beku esbox. haa kan dah kata tak sabo mesti terus nak rasa. Bukan mama je yang tak sabo si abang yang paling sibuk sekali sebab dah ternampak waktu aku patah2 oreo nak letak kat dalam aga2-agar tu la. Sibuk si abang nak makan agar-agar ni tau, bila aku potong je terus dia ngap tu la penangan oreo.
waktu aku nak ambik gambar pun abang dah bising-bising lambat sangat nak makan hee... yummy nya..
ni dinamakan kesilapan teknikal disebabkan ketidaksabaran nak melapis ha.ha.ha..
kengkonon nak buat 3 lapis tapi adunan milo tu boleh pulak tak cukup untuk lapisan ke 3. jadila camtu lain kali sukat betul2 bagi sama banyak ya.
resepi asal ada kat LINK atas tu sila la klik ya tapi aku buat versi aku menggunakan agar2 yang bertali 20g jadi resepinya macam ni.
agar-agar oreo milo versi derhaka minta maaf ya empunya resepi
20g agar-agar tali
1.5 liter air
200g gula
1 tin susu sejat 400g
1 cawan milo
oreo secukupnya dipatah-patah
rebus agar-agar dalam air sampai hancur dan masukkan gula
biar hancur semua kalau tak hancur sila tapis
masukkan susu sejat dan biar mendidih
bahagikan adunan kepada 3 bahagian
2 bahagian masukkan milo dan 1 bahagian biarkan warna asal (aku derhakakan resepi cam sue hee.. masukkan horlick)
tuang separuh adunan milo dalam loyang, biarkan mengeras sikit baru masukkan adunan putih kemudian taburkan oreo yang dipatah-patahkan.
bila lapisan oreo dah mengeras sikit baru tuang baki adunan milo dan biarkan sejuk sebelum dimasukkan ke dalam peti ais. dah sejuk baru potong dan ngap...ngap.. la
*sila bersabar untuk melapis ya jangan jadi macam aku tak menyempat.
6 comments:
Assalam GL..anak2 mesti suka ni kan..sebab ada oreo dan milo.mesti sedap
Sedap ni.... yang membuat tak sabor.. apalagi yang menengok ni haa. lagilah tak tahan hehehe
Budak2 sure suka agar oreo nie.. :) TQ share resipi..
salam kenal GL, mcm akk pun jenis tak sabar nk merasa, hubby pun sama. Nmpk sedap tu dlm pd tak jadi...:-)
Salam nk tanya kalau guna 37gr agar2 tali,air dia kena banyak mna????
Saya buh milo 2 cawan, cam banyak laa plak. Ni duk nunggu nk melapis laa ni, betui laa, x sabar nk tunggu
Post a Comment