Saturday, 2 June 2012

Masak Sempoi Gitu

Assalamualaikum,

Tau tak masakan apa yang paling senang nak masak dan sedap?? jawapan aku ialah masak singgang la. Masak singgang ni aku tau bila aku kawen ngan en.suami sebab keluarga en.suami ni orang Terengganu. Orang Terengganu ni memang sempoi makan singgang pun dah cukup menyelerakan. Kalau masak singgang wajib kena ada budu baru ngam gitu.


aku masak singgang ikan tongkol, orang Terengganu panggil ikan aye.


singgang lawan budu, tenyeh2 cili api dalam budu pastu makan nasi masa panas2. sapa sanggup makan budu cam cara aku ni tanpa perah air limau mahupun hiris bawang dalam budu? tau tak kalau aku perah limau dalam budu en.suami kata tak power la makan budu gitu, aku ikut kan aje la.


masak plak terung goreng siram sambal tumis pehhh lagi la sedap!!!



aku petik pucuk gajus yang aku tanam depan umah buat ulam, awet muda gitu haaa...


sempoi ke simple jer hidangan aku ni... jemput la makan hidangan yang senang dimasak ni hee...

6 comments:

ibh_sue said...

Kejam woo. . Dah mlm ni, up gambo mknan sedap2. :p

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina jeles ko ada tanam pokok gajus depan rumah. cik ina suka ulam pucuk gajus. cam mana nak tanam pokok tu dik? terliur tengok lauk ko.

gerhana luka said...

cik ina saya dapat anak pokok gajus dari kampung kakak bagi tu yang tanam. senang nak hidup pokok gajus ni kena selalu kutip pucuknya cepat la merendang.

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'Kum... sempoi tu lahh yang sedappp naaa... memang sedap lauk pauk di atas tu.. sehinggakan masa menaip ni cair aje ni hehehe

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

wah pandai mkn ulam mmg awet muda giteww..sy masak singgang ni mkn waktu berpantang bersalin jer..hubby sy x gemar masakan ni..kalau x misti sy rajin buatnya sbb senang hihi

Rinna said...

Terbaik laa hidangan lauk pauk tuh..mmg cukup sedap..menyelerakan.. :)