Friday, 15 June 2012

From Kenyir --> Felda Aring --> Gua Musang --> Cameron Highland --> Simpang Pulai

Assalamualaikum,

Jauh perjalanan tajuk N3 aku kan. Sepanjang percutian tak terancang aku hari tu inilah kali pertama aku dapat melihat pemandangan sepanjang perjalanan dari Terengganu ke Perak melalui tasik kenyir. Sebenarnya ini adalah kali ketiga aku dan keluarga melalu jalan yang sama untuk ke Perak dari Terengganu. Kali pertama dan kedua melalui jalan ni sebenarnya adalah pada waktu malam jadi tak tau apa yang ada dikiri dan kanan. Waktu perjalanan malam memang tak nampak pemandangan cuma boleh agak2 apa yang ada dengan cahaya bulan aje. Kali ni baru la dapat tengok pemandangan hutan dan tasik sepuasnya bila melalui jalan ni. Sayangnya tak ada camera yang canggih untuk merakam gambar pemandangan, yang ada cuma camera henpon yang tak canggih.



Tasik Kenyir dari atas jalan, teringat aku masa zaman meredah hutan mendaki gunung dizaman belajar dulu ohhh rindunya masa itu. rindu zaman kegemilangan meredah hutan, rindu kicauan unggas, rindu bau hutan, rindu air gunung, rindu matahari terbenam dan terbit diatas puncak gunung, rindu geng2 kembara, rindu pakai baju basah waktu pagi saat nak mendaki, rindu tidur dalam khemah, rindu makan ramai2, pendek kata rindu-serindu-rindunya waktu itu.



Impian nak masuk Kenyir belum tercapai, entah bila nak pegi tak tau la lagi walau rumah tok suami aku dekat je ngan Tasik Kenyir.



Baru tau kiri kanan hutan kat jalan ni. dua perjalannan sebelum ni memang tak nampak sebab malam, waktu tu takut jugak perjalanan malam mana tau tetiba ada gajah melintas. pengalaman kakak ipar aku nampak gajah melintas semasa melalui jalan ni dah cukup menggeletarkan lutut.


sempat berenti kat sentuari gajah nak penuhi hasrat anak2 nak tengok gajah. sebenarnya aku ketar lutut tengok gajah tau sebab aku membayangkan gajah tu hempap kakinya atas aku penyek jawabnya kik.kik.kik. anak aku ni selamba je berani nak dekat ngan gajah tu aku beria2 tak bagi dekat takut you...



anak gajah ni jadi tumpuan sebab dia kecik lagi dan manja. celah-celah kandang ni muat untuk anak aku menyusup masuk kedalam nyaris tau cepat2 aku tarik tak bagi masuk.



masuk je jalan ke Gua Musang hari dah nak gelap sebab lama sangat kat Felda Aring apa taknya jalan kat situ berlubang2 teruk dua tiga kali terberenti nak elak lopak yang dalam sebab kereta kami terlowed sangat bila jalan  berlopak asyik tersangkut. bila lewat memang tak tercapai hasrat nak tengok pemandangan merentasi Cameron Highland dari Gua Musang jawabnya. satu soalan dari anak aku tak berenti2 kat Gua Musang ni ada banyak musang ya mama? aku ya kan aje sebab aku tak sempat lagi nak mendalami sejarah Gua Musang hee...



kami sampai di Simpang Pulai dah malam so takde peluang nak merayap tapi pagi2 esoknya suami aku dah merayap sampai ke pasar pagi kat Gopeng dan aku ditinggalkan kat rumah kakak aku. tengok la berposing sakan ngan bike zaman british cik abang aku ni. tuan punya bike ni ada beberapa bijik bike lagi menurut kata suami aku. cantikkan moto ni tapi orang yang atas moto tu apa kurangnya ha.ha.ha..



panjang usia moto ni tapi masih cantik pandai tuannya jaga


10 comments:

Yani said...

best kan pastu pegi plak lok kin aka memory lane hari ahad tengok2 barang antik kat ipoh wuhuuu....

Rina Rahamat said...

bestkan waktu zaman sekolah-sekolah dulu..sy pon suka berkhemah panjat gunung redah paya..suami sy mcm x percaya sbb sekarang sy nampak mcm lembik dan x suka kekotoran hihi


ngeri sy tgk anak awak masuk dlm kandang gajah tuu

Acik Erna said...

salam GL..memang antik sungguh moto ni..masih elok..pandai tuan dia jaga

anymz said...

moto antik mesti lah cantik kan?
akak nak wajik kat bawah tu..terliur tgk..fav akak..huhu

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum waduhh jauh berjalan yaa.. hehhee... Pernah ke Tasik kenyir beberbapa puluh tahun yang lalu.. masa time sekolah dulu.. sekarang dengarnya semakin cantik tempat tu kan...

wahh motor tu memang ler cantik hehhee antik gitu. Takut gajah??? samalah kite hehehe

ibh_sue said...

Sesekali pii pantai timur ikut jln tu ok jg kan. Aku x pnh lalu lg. Tentu best tgk suasana alam rimba ja. Sejuk ja.

Anonymous said...

Your waу of eхplaіning evеrуthing in this poѕt iѕ геаlly nicе, all
can eаsilу know it, Τhаnκs a lot.


Feеl fгее tο surf to my page ::
used forestry trucks for sale

Anonymous said...

Pretty section of contеnt. I ϳuѕt
ѕtumbleԁ upon уouг blog anԁ in accеssion
capital tο аssert that Ӏ
get іn fасt enjοyеd аcсоunt yοur blοg ροѕts.
Any way Ι'll be subscribing to your augment and even I achievement you access consistently quickly.

Also visit my web-site :: tens pain relief
My webpage :: tens therapy

Anonymous said...

Theгe's certainly a lot to find out about this subject. I love all of the points you made.

Review my homepage; how to buy and sell cars for profit

Anonymous said...

Fοr hοttest infοrmation you have to visit web and οn web I found this web sitе аs a finest web site
for neweѕt updates.

Look at my webpage :: seo company dallas