Monday, 2 July 2012

Puding Karemel Lagi

Assalamualaikum,

Dah beberapa hari teringin nak makan puding karemel baru hari ni dapat buat. Sambil masak tengah hari tadi menyempat buat puding karemel guna steamer karen senang gitu, jimat gas tapi banyak guna karen heee..


menggiurkan betul ni yang tak menyempat nak makan, manis berkrim resepi ambik kat SINI. Kali ni aku guna 8 biji telur sebab susu cair tu aku dah guna sikit so kena kurangkan bahan2 yang lain dan tambah dua skop susu anak aku.


nampak kejadian puding yang berlubang-lubang macam cheese tu? sebabnya telur tu aku pukul sikit guna handwhisk. hari tu kakak ipar aku tanya kenapa puding karemel yang dia buat takde berlubang inilah jawapannya sebab telur yang dipukul menyebabkan puding berlubang-lubang. aku suka tengok puding berlubang camni macam cheese dalam cerita kartun ;p



letak satu lagi gambar besar-besar hee... shedapnya... anak aku kemain suka ngan gula karemel tu manis la katakan. nak senang buat gula karemelnya gunalah kuali tak melekat tu bila agak-agak gula dah cair terus letak air sikit senang tak hangus pun. kakak aku punya la tensen buat gula karemel sebab selalu pahit, tu yang dia selalu je suruh aku buat puding ni kalau dia nak makan. apa yang panjang cerita aku ni... hee... layan je la ya.

5 comments:

ibh_sue said...

Menciii tau. Sampai ke la..sudahnya semalam aku balik lambat juga. Tak jd la puding karemal aku...Mimpi ja la. Tp sebagai denda, hb ku blanja mkn luar. Walaupun aku tak bp kenan makan luar semalam, tp terpaksa. Kunon nak pau dia mkn chicken chop ka..last2 blanja mkn nasi ayamas ja..huhuu..

Shahriah Abdullah Novelis said...

Memang terbaikk!!! cantik dan menggiurkan nampak macam cheese lah pulak eehehhee kecur tak sudah dah ni hah..:)

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

awak ni sukerrrr buat sy kecur liurr..sy nk wat gek tp handwhisk takda..kalau guna garfu pukul telur jadik x ekeke

gerhana luka said...

Rina telur takyah pukul sebenarnya, cuma kacau2 manje je saya saja pukul sebab suka tengok puding yang berlubang2 hee...

Acik Erna said...

GL..acik pun tu yang tak sanggup gula selalu je pahit..pernah dua tiga kali buang..baru jadi sekali gula tu..geram je