Thursday, 26 July 2012

Apam Nasi

Assalamualaikum,

Sepanjang bulan puasa ni dapatla aku bereksperimen didapur dengan membuat kuih-muih dan hidangan lain untuk berbuka puasa. Dalam kepala asyik dok pikir apa la yang nak dimasak untuk berbuka. Aku lebih suka masak sendiri kuih-muih dari membeli kat param tu bukan apa kalau buat kuih sendiri boleh dapat banyak sikit dan rasanya dah tentu sedap. Buat kuih sendiri boleh gak bagi kat jiran-jiran dan dapat jugak aku mengeratkan hubungan dengan jiran tetangga hee.. :))



dah lama simpan resepi apam nasi dari blog Bicara Kak Noor baru semalam berjaya membuatnya. hasilnya tak mengecewakan kerana apam nasi ni teramatlah sedap dan senang nak buat. terima kasih ya Kak Noor kerana berkongsi resepi apam nasi yang best ni.



apam nasi ni makan dengan kelapa parut yang digaul sedikit garam memang sedap membuatkan tak cukup seketul dua dikunyah, sedar-sedar aku sorang je makan 10 ketul. aku buat 1/2 adunan apam ni sebab baru nak mencuba takut tak menjadi so lepas ni boleh buat 1 adunan dan boleh bagi jiran-jiran sebab dah lulus ujian hee...

aku kongsikan resepinya ya

Apam Nasi Dari Blog Bicara Kak Noor

bahan-bahannya

3 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 peket yis mauripan
2 cawan nasi
3 cawan air
kelapa parut secukupnya

masuk semua bahan dalam bekas kecuali nasi dan air. gaul rata dan ketepikan.
kisar nasi dengan air sampai hancur dan campurkan dengan bahan yang digaul sampai semuanya sebati.
perap adunan 3 jam atau sampai adunan naik dan berawan.
panaskan kukusan dan kukus adunan dalam acuan kesukaan selama 10 - 15 minit.

*pastikan yis masih elok dengan menjalankan ujikaji terhadap yis. kalau yis dah mati tunggu sampai esok pun adunan tak akan naik kik.kik.kik.
*ujikaji terhadap yis boleh dibuat dengan memasukkan yis kedalam air suam dan secubit gula kalau yisnya membuak-buak atau berbuih tu tandanya yis hidup. kalau serupa keadaannya tandanya yis tu mati toksahla guna.

5 comments:

Acik Erna said...

salam GL..acik pun suka ni dan pernah jugak buat..tapi guna loyang tak de acuan kecik2 tu.memang sedap

Rina Rahamat said...

sy paling suka apam ni! tp nk buat pemalas hihi..cam tak biasa lak hihi

Irfa said...

saya pun suka makan apam ni.
rajinnya awak.saya ni bila la nak buat kueh.vitamin M tu tebal sgt/huhu

KakNi said...

Sedap nyer apam kan... mak saya dok meniaga apam kat kampung tapi saya sendiri tak pernah pulak belajar atau buat... rugi betul...

ibh_sue said...

Eh! Apasal aku tak dapat pun. Ekekekekee..lupa la, bukan jiran ko. Aku blum rajin lg nak kuarkan pengukus. Makanya aku tumpang jamu mata ja kat sini ya...