Tuesday, 17 July 2012

Roti Paung

Assalamualaikum,

 Sekarang ni nak menghapdate blog punya la rasa malas, gambo2 makanan dah banyak tapi tu la mood semakin kurang disebabkan kebizian maklumla ada Dak Tecik yang sentiasa nak di pantau. Baru je nak bersenang lenang mengadap lappy Dak Tecik dah bangun dari tidur. Dak Tecik tidur lama lagi ayam bertelur, pendek kata ayam belum keluar telur Dak Tecik dah terjaga. Okey la terus je ke tajuk utama kalau tak bertambah melalut plak.



Roti Paung ni aku buat hari sabtu yang sudah, ni baru belajar dari my sister in law yang datang dari Terengganu. Kalau kat sana roti paung banyak dijual panas-panas yang orang kata masih fresh from oven la katakan. Masa membuat roti paung ni aku la yang jadi tukang menyediakan bahan-bahan maklumla nak belajar tapi yang menguli dohnya cik sister in law aku la. Masa menggentel doh aku cuba la jugak siap buh inti kaya lagi, siap bakar terus hadap panas-panas perghh... sedap habis seloyang.



ni roti paung yang ada inti kaya, letak dalam loyang 4 segi. disebabkan tangan masih kekok menggentel doh, tu yang terkeluar intinya.



ni plak loyang besar sikit tu yang dapat banyak. resepi lain kali aku tepek bila roti paung aku buat 100% guna tangan sendiri.



macam-macam loyang aku ni kan, takde yang sama saiz.

3 comments:

Rina AVAIL a.k.a Cik Betty said...

oh baru ingt..ms sy gi ganu haritu bnyk roti paungg ni dijual kt tepi jalan..best jugak kan pandai wat roti gini..sy ni makan suka buat malas wakaka..

gerhana luka said...

ya la Rina kat Ganu mmg ramai org jual roti ni, saya baru je belajar tapi buat sendiri 100% belum lagi.

zila norazila said...

gebu2 jew roti tue..rajin btl meroti:)kita pun suka mkn roti mcmne:)