Friday, 20 April 2012

Pavlova : Terpengaruh Dengan Junior MasterChef Australia

Assalamualaikum,

Aku geram betul tengok budak2 junior masterchef australia musim 2 kat chanel 711 tu, apa taknya dorangni kecik2 lagi tapi hebat betul memasak kalah masterchef malaysia jangan marah ya peserta masterchef malaysia. Khabarnya pemenang masterchef malaysia tu pun tercabar dengan budak2 junior masterchef australia. Sapa tak geram kecik2 lagi tapi dah pandai masak macam2. 

Dek kerana tergoda ngan pavlova yang dak junior masterchef tu masak aku pun dengan gigihnya menerai buat pavlova. Meh tengok pavlova aku yang tak berapa nak pavlovanya.



Meringue sebelum masuk oben macam larva gunung berapi je kalau budak2 masterchef junior tengok menangis aku hee

Meringue tengah dibako

Punya la teruja nak merasa apa ke rasanya pavlova yang cantik manis ni, aku dengan begitu kompiden memukul whipe cream tapi tak kembang2. Rasa dah down aku punya semangat bila whipe cream tu tak kembang2. Abis bila whipe cream takde camane nak makan pavlova. Anak2 aku yang dah terbau benda sedap dari dapur dah tak sabo2 nak makan pavlova. Sejuk je meringue tu terus dorang cubit2, along kata rasa macam gula2 kapas, abang kata macam marshmallow... aku plak sedih je.


Nak rasa gak makan pavlova aku sapu gak whipe cream yang tak kembang tu atas meringue pastu susun buah2 yang aku dah potong pastu apa lagi ngap la. Anak2 aku yang dua orang tu makan macam tu je tak de buh whipe cream ngan buah sedap sangat katanya, ya la kan macam marshmallow. Aku berazam kalau rajin nanti aku buat lagi sampai jadi tu pun bila dah abis kaji cara2 nak pukul whipe cream dengan betul atau paling senang beli je yang dalam tin tinggal letak je atas pavlova tu abis cerita.


3 comments:

Irfa said...

at least awak rajin gak mencuba ;)
cuba lagi yer

Cik Ina Do Do Cheng said...

dik kalau nak bagi whipping cream cepat kembang kena sejukkan whipping cream tu dulu dalam esbok. cik ina pun tak pernah lagi wat pavlova, ada cadangan nak wat tapi asyik tertunda je. rajinnya ko : )

Rina Rahamat said...

oh ini masakan kan sy mmg x berani nk cuba hihi..takut ada org ngamuk kat dapor (haku ler tu yg ngamuk hihi)