Saturday, 28 April 2012

Harum Vanilla Choc Chips Kek Inspirasi Dari Shahriah Abdullah aka Sha MCM, Boleh Gitu!

Assalamualaikum,

Mood membaking dah datang ni sampai dah tak peduli apa2 lagi capai itu... capai ini akhirnya menjadi gak kek harum vanilla Kak Sha ni. Memang mabelles la kek ni Kak Sha tak rugi saya cuba. Yang bestnya bila anak2 saya dok kutil2 chips choc ngan coklat cair tu hee... Yang bestnya lagi mintak potong nak bagi kat kawan depan rumah, malu la mama macam mama ni pandai sangat nak masak kek. Sapa2 yang nak cuba kek yang sememangnya harum dan sedap tahap Terukir Bintang boleh cuba klik resepi kat SINI



puas mencorak nak bagi serupa, kira ok la tuh!



Panas2 dalam oven baunya memang tak boleh tahan lagi... rasa nak makan jam tu jugak.



sapa nak ambik la sepotong....



Ni jer yang tinggal tupun dah dikutil dek dak boboiboy aku tu lepas bagi kat kawan dorang.

|
|
|
|
|
|

Dek kerana tengah bersemangat yang amat maka tercipta jugak versi cup kek harum vanilla yang ada inti cekelat ngan kiwi. Ada penambahan dalam resepi Kak Sha tu mintak halal ya Kak Sha saya tambah yoget 1 cup untuk versi cup kek ni.


Cup kek harum vanilla filling choc kiwi



suka makan cup kek yang ada inti, rasa2 tak cukup seketui dua ni. Terasa yogetnya ermmm... yummy

Jangan marah ya Kak Sha saya guna resepi akak untuk buat cup kek ni, sayang Kak Sha muuahhh!
Saya taip semula resepi akak dengan penambahan sekali untuk rujukan akan datang.
Terima Kasih ya.

Bahan2

250g mentega
200g gula castor
280g tepung kek + 1 sudu baking powder + garam
4biji telur (aku guna 5 biji saiz C)
2 sudu besar esen vanilla
1cup yoget perisa kiwi

bahan inti
2 biji buah kiwi dipotong dadu
coklat cair

choc chips untuk tabur secukupnya

Cara2nya
Pukul mentega dan gula castor sampai putih dan gula hancur
masuk telur dalam adunan dan pukul lagi
masukkan esen vanilla
masukkan tepung yang telah diayak bersama sedikit2 berselang dengan yoget
gaul sebati
isi dalam cup kemudian masukkan inti dan masukkan adunan selebihnya hingga 3/4 cup penuh atau ikut suka hati hee..
bakar dengan suhu oven masing2 oven aku suhu 150 dah cukup panas
jangan lupa panaskan oven dulu tau.

8 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Gerhana Luka wahhhhh. cayalah!!!! sama ekkk.... wahhh tahniah!!! hulur ler setengah potong hehhehe...


Semuanya akak halalkan... lagilah berbesar hati jika ramai yang sudi mencuba resipe akak yang ala-ala aje tu... main campak tebor tapi bersukat hehhee...

MAcehhh cayanggg.... muahhhh :))))

gerhana luka said...

Kak Sha resipe akak bukan aje ala2 gitu tapi memang kelass giteww hee...

Shahriah Abdullah Novelis said...

Hehhe Tq cayangg muahhh... kerana sudi yanggg :))))

Cik Ina Do Do Cheng said...

buh yogurt garenti gebu.tengok pun sedap. rajin ko, tengok ko punya kek teringat yang cik ina dah lama tak membaking.sedih

gerhana luka said...

haah la cik ina dah lama tak nampak kek kat rumah cik ina kan, sibuk ya maklumla firdaus dah sekolah.

ibh_sue said...

Hadoi. . Teringin nak membaking jg. Tp kena plan baik2 punya. Diet dah ntah kemana jdnya. . Huhuhuuu

Unknown said...

sedap nampaknya tu GL siapa tak kenal MC Sha kita tu mesti kelazzzzzzz kan resepi chef tu hehee bak sepotong??

Rina Rahamat said...

alahai sukanyaa..jeles plak tgk muffin awak..ove sy tgh gilerla..nk membaking pon takda mood