Wednesday, 8 June 2011

Sambal Tumis Bilis + Jering

Assalamualaikum,

Konon2 nak masak sambal jering cam Lipis Lady tapi takde tempoyak so hentam je la buat sambal bilis tapi xtra bubuh jering dalam sambal bilis. Sedap juga lebih kurang cam bubuh petai jer rasanya. Tapi teringin nak membuat sambal jering buh tempoyak tu ermm.. terliur bila sebut2 tempoyak ni. Jom tengok sambal bilis jering yang aku masak hari isnin tapi baru dapat tayang hari rabu!


ni la bahan2 nak buat sambal bilis jering.
cam biasa goreng bilis dulu bila dah masak angkat dan toskan. Pastu tumis cili kering yang diblender sekali ngan bawang merah dan bawang putih sampai garing.


bila cili dah masak masukkan jering yang dihiris2 dan kacau2 bagi rata. Bubuh air asam jawa dan perasakan dengan garam dan gula serta pak aji. Last sekali masukkan bilis yang dah digoreng tadi kacau rata dah puas hati tutup api dan bolehla salin dalam pinggan.




tu dia sambal bilis plus jering, percaya tak anak aku umur 5 tahun ratah2 je sambal bilis ni tanpa makan nasi? memang anak aku ni tahan dengan kepedasan.

3 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

terbaek, cik ina suka jering dibandingkan petai.kenyal jekan. baru je makan sambal jering ikan bilis lauk kenduri ratu kebaya hari tu.

Rina Rahamat said...

smbal bilis sy suka tp x pndai mkn jering ke petai atau kerdas..

Ateh Nour said...

Sallam GL,

Alamat termiss sambal jering,
favourate saya, saya kalau makan
sambal jering habis kutip jering aja,
pastu tinggal sambal bilis aja..hehehe..