Saturday, 4 June 2011

Ketam Bercili Bersama Telur Masin

Hari ni rasa teringin nak makan ketam sebab hari tu nengok ketam hijau kat blog cik ina, tapi tak dapat la nak membeli ketam hijau tu takde jual kat sini. Kat pasar cuma ada ketam ni aje sambar la dua ekor dah RM 14 bolehla untuk makan cam famili aku ni tak ramai orang.

Jom intai resepi masak ketam bercili bersama telur masin yang aku buat ni



2 ekor ketam saiz besar punya
15 tangkai cili kering*
1 labu bawang besar*
3 ulas bawang putih*
sebatang serai
halia sebesar ibu jari
sebiji telur masin (dua biji pun boleh) dihancurkan
garam dan gula secukupnya
*sila kisar @ blend



bersihkan ketam dan gaulkan dengan garam kunyit
goreng ketam bila sudah agak masak angkat dan ketepikan
sila ketuk sepit ketam untuk mudah memakannya nanti ya



tumis serai dan halia sampai naik bau
masukkan bahan yang telah dikisar dan tumis sampai pecah minyak atau sampai cili betul2 masak



bila cili sudah masak masukkan telur masin yang sudah dihancur2 kan dengan garfu
kacau sampai telur sebati dengan cili
kemudian masukkan ketam yang sudah digoreng tadi
jika terlalu pekat tambah air dan gaul rata
perasakan dengan garam dan gula secukup rasa
aku tukar penggunaan gula kepada madu sedap jugak
bila rasa dah puas hati dengan rasanya tutup api dan hidangkan



Ketam Bercili Bersama Telur Masin yang menggoda



Dihidangkan bersama sepinggan sayur campur



6 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

first time deegar ketam masak cam tu, lepas ni, bolehlah cuba.hidang ngan sayur campur mestilah sedap.

ibh_sue said...

Lama betul tak makan ketam...Lein kali bleh buat menu ketam lak ni..

Rina Rahamat said...

adoih! sedapnya..udahla tgh lapar nih..serius sy x penah beli ketam sbb takut mahal..salu tgk jerr..nk beli tatottt..

Ieqa Rahim said...

sedapnyerrrr.....
aritu ade mkn ketam kt umbai tau,tp xsedap mane pn....sebab asap da msk dlm ketam tu...i dun like...
but ble tgk akak pnyer ketam n,tliur la plak...
nice pic olso... =)

gerhana luka said...

kalau nak makan ketam yang sedap, ketam mesti fresh yang masih hidup tu lagi sedap bila dimasak betul kan cik ina, kalau yg dah tak fresh isi ketam tu kompem cam hampeh je rasanya nak makanpun tak selera.

Ateh Nour said...

Sallam GL,

Selalu ketam ni rebus aja,
atau masak lemak,
nanti nak cuba masak cam ni..
mesti sedap.