Tuesday 21 June 2011

Gulai Ayam Pencen @ Ayam Tua

Assalamualaikum,
Setelah lebih seminggu aku tak dapat menjalankan aktiviti berbloging ni akhirnya aku berjaya juga setelah lappy ni diservis beberapa kali oleh tukang servis yang tak berapa nak bertauliah. Habis banyak benda dalam lappy aku ni hilang terasa susah pulak nak menggunakannya. Okey mari kita ikuti N3 aku yang rasa dah nak berkarat ni (rasa kekok nak menulis).
Hari tu masa besday aku my MIL minta aku masak pulut kuning tapi tak sempat aku nak menunaikannya. Sempena besday dia yang sama bulan ngan aku maka aku gagahkan diri walaupun dalam keadaan tak berapa sihat untuk menyiapkan gulai ayam pencen untuk dimakan bersama pulut kuning. Plannya kakak ipar nak bertandang kerumah bersama MIL nak rai besday kat umah aku ni. Jom tengok gulai ayam pencen yang aku masak ni.

bahan2

seekor ayam pencen dipotong2 oleh penjual ayam
2 peket kecil rempah kari daging dan ayam babas
kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
cengkih
daun kari
air asam jawa
santan
sebiji bawang besar*
3 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
seinci halia dan lengkuas*
15 tangkai cili kering*
kisar bahan2 bertanda *
garam dan perasa
sedikit kerisik


cara2 memasak
panaskan minyak dan tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga, cengkih dan daun kari sampai naik bau wangi
masukkan bahan yang dikisar, tumis sampai garing
bila bahan kisar dah garing masukkan rempah kari yang telah dijadikan pes, kacau2
sampai terbit minyak


bila rempah tumis dah terbit minyak masukkan air asam jawa, kacau2 sekejap sampai mesra
masukkan ayam pencen yang dah dibersihkan gaul sampai sebati dengan rempah
biarkan ayam tadi mengeluarkan airnya sendiri (MIL kata mati air)
tutup periuk supaya cepat empuk tapi awas jangan sampai hangus
boleh tambah air supaya ayam pencen tadi cepat empuk dengan mudah
renih lebih kurang 2 jam dengan api slow



bila ayam dah eloh lembut boleh la masukkan kerisik, jangan masuk banyak sangat kang jadi rendang plak.



last sekali masukkan santan dalam gulai dan dikacau sebati. kalau tak suka pekat sangat tambah la air diejas ikut kepakaran masing2. sila perasakan dengan garam dan perasa mengikut rasa masing2 ya, untuk yang ada darah tinggi agak2 la ya jangan masin sangat.



bila gulai dah masak boleh la tutup api.
Aku ni jenis yang suka kalau masak gulai atau kari mesti nak pekat2 tak mo yang cair. Gulai ni boleh gak nak makan ngan nasi putih, nak cicah roti canai pun sedap. time raya kalau buat gulai ayam pencen mesti makan ngan ketupat uhhh rasa nak raya la pulak.

 

4 comments:

Cik Ina Do Do Cheng said...

cik ina memang fail masak ayam pencen. kenapa tak tahu. tu yang sampai sekarang takut nak masak ayam pencen.lepas ni boleh belajar dari ko cam mana nak masaknya.

Rina Rahamat said...

ayam pencen x sama ngan yaam kampung eh?

sy suka kari ayam tp x brp pndi buat..terlior tgk ni..

gerhana luka said...

ayam kampung lagi sedap, kalau balik kampung suami mesti nak cari ayam kampung. ayam pencen ni rasanya ayam telur yang dah tak produktif lagi kut.

Rinna said...

Masak ayam pencen kena masak lama2..kan.. tu ler..rasa takut jer nak masak guna ayam pencen gini.. tapi tgk menu mmg sedap jerk.. one must try.. TQ share resipi.. :)