Friday, 3 June 2011

Apa Akan Jadi Bila.....

Assalamualaikum,

Satu hari aku tak dapat mengadap hobi aku ni sebab tak duduk kat rumah. Semalam aku temankan suami melawat rakan baiknya yang terpaksa berumah di hospital akibat serangan jantung dan yang bertambah2 sedihnya ialah rakan suami ku itu disahkan menjadi teman baik tiga serangkai apa lagi kencing manis, buah pinggang dan jantung. Rakan suamiku ini kami panggil Hj dan sehingga kini dia masih berada di CCU Hospital Putrajaya. Ketika kami melawatnya semalam dia masih dalam keadaan separuh sedar kerana diberi morfin untuk meredakan kesakitannya. Sebenarnya Hj. sudah mengadu pada suamiku yang dia rasa jantungnya macam dikelar2 sebelum ini dan dia memang kerap sakit tapi tidak mahu ke hospital. Mungkin Hj rasa tanggungjawabnya masih banyak yang perlu dilaksanakan jadi dia takut untuk menerima hakikat yang dirinya sakit, jadi dia membiarkan saja dirinya tidak dirawat.

Suamiku dan Hj. adalah rakan sekerja dan begitu rapat macam adik beradik dan bila rakannya ditimpa kesusahan suamiku la yang paling sedih sekali dan begitu bersusah payah nak membantu. Suamiku ini boleh dikategorikan sebagai kawan yang baik untuk Hj. Apa taknya kalau dia tak cukup duit nak bayar rumah atau kereta suamiku sanggup hulurkan duitnya supaya rakan baiknya tu dapat selesaikan hutangnya. Begitu juga kalau sakit demam rakannya ni cepat aje suamiku bertindak. Ini semua kerana Hj. yang baik pada suamiku, ketika suamiku tidak bekerja dia telah menawarkan kerja untuk suamiku dan tika suamiku kekurangan wang Hj. juga yang membantu. Sebenarnya mereka berdua ni saling bantu membantu ibarat adik beradik. Suamiku tak ramai kawan dan bila Hj. jatuh sakit mungkin dia yang paling sedih dan susah hati berbanding orang lain selain isteri dan anak2 Hj. Agaknya kalau aku sakit suami aku susah hati tak?

Sebenarnya aku nak cerita pasal rakan baik suamiku ni, Hj. Hj ni berkahwin dalam usianya yang sudah lewat, umurnya sekarang dalam lingkungan 50an dan anak sulungnya baru nak menduduki SPM tahun ni. Isterinya hanya suri rumah macam aku, tak tau memandu dan bergantung semata mata pada suami macam aku gak. Bila terjadi perkara seperti ini akak mungkin terduduk tak tau nak buat apa mujur ada adik beradiknya membantu. Hj kena serangan jantung semasa berada dikampung isterinya kalau berada dirumahnya sendiri? sudahlah tak tau memandu siapa yang boleh diharapkan. Aku terfikir jika apa2 berlaku pada keluargaku , mungkin aku jadi gelabah sebab aku ni banyak bergantung pada suami.

Bagaimana agaknya seorang isteri yang selama ini bergantung pada suami semata2 hendak meneruskan kehidupan bila sesuatu terjadi kepada suaminya macam yang berlaku pada rakan suamiku ini? Sebenarnya aku berfikir jika hal itu terjadi pada diriku, aku hanya surirumah yang tau duduk dirumah, keluar cuma kekedai membeli barang dapur. Tidak tahu memandu, tiada sumber pendapatan lain selain wang yang diberi suami, tiada simpanan yang banyak dan suami tidak berharta? UHHHRGHH apa aku nak buat. Jawapan sudah ada difikiran cuma tak mampu diluahkan.

4 comments:

ibh_sue said...

Emmmm...aku yg keja ni pun selalu memikirkan mcm mana keadaan aku klu somi aku tak da..So..mulai sekaramg kita kena ada perancangan tuk masa depan..Kemahiran kena tambah..Ingat!..duduk rumah pun sekarang ni bleh buat duit juga tau..
Bukan kita minta apa2 berlaku..tapi kena plan dari sekarang...

Cik Ina Do Do Cheng said...

ciannya.kalau surirumahtangga pun tak pe gak, tapi kena pandailah buat bisnes atau kerja yang boleh menambahkan pendapatan suami.Atau dari sekarang kena berdikit dikit menyimpan atau melaburkan.Kalau dah suami sakit nak wat cam mana.

gerhana luka said...

tu la pasal pala ni dok memikirkan cara2 nak mencari pendapatan sendiri dari rumah, MLM & skim pelaburan internet bagi I awal2 tolak tepi. sklill memasak dlm R&D boleh...

Rina Rahamat said...

sy pon kdg² terfikir hal ini tp sy sentiasa berdoa mohon kebahgiaan sekarang akan berterusan..ya kita x tahu apa yg bakal kita hadapi..tp mcm gerhana luka kan pandai memasak jd boleh guna kemahiran tu lah kut..mcm sy bolehla guna ijazah yg dah kena gigit tarantula tu kalau apa-apa hal (ah sy ada gak buat bisnes online utk belanja sampingan - sy guna produk MLM utk berniaga walaupon sy tak buat MLM)