Friday 18 May 2012

Ketam Masak Telur Masin

Assalamualaikum,


ni la ketam paling besar aku pernah dapat, dapat free ni tau. 
ketam ni baru mati kalau simpan esok tak boleh jual so si penjual ketam tu bagi free kat en.suami yang beli ketam sekilo, regular customer la katakan.



ketam yang sekilo ni jenuh aku nak mengerjakannya mau taknya hidup lagi tu.
anak aku terjerit2 geli tengok ketam ni merayap, abahnya saja menyakat anak2 dengan ketam hidup ni.
aku geli + takut kena sepit masa nak siang ketam ni



tengok sepit dia je dah sebesar tapak tangan, ni berat kulit ke berat isi?
berbaloi dengan sepit ni sebab isinya banyak tau.



ketam tu masak telur masin plak ermmm mabelless... 
biasa masak cili jer kali ni try masak telur masin plak.

mari masak ketam
ketam sekilo di siang dan bersihkan
kukus ketam

5 biji cili merah besar
10 tangkai cili kering
1 biji bawang besar
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
kisar semuanya

1 batang serai diketuk
1 inci halia diketuk
3 tangkai daun kari lurut ambil daunnya

5 biji telur masin dihancurkan
3 sudu makan susu cair
1 sudu tepung beras
campur semua

cara2 masak
celup ketam yang dah dikukus dalam campuran telur masin dan goreng sebentar
buat sampai habis dan ketepikan

tumis serai dan halia, masukkan bahan kisar tumis sampai garing
masukkan daun kari
masukkan lebihan bancuhan telur masin kacau rata
masuk perasa dan sedikit gula, jangan berani2 tambah garam kang masin
 masukkan ketam yang digoreng tadi dan gaul rata dengan bahan tumisan
kalau kering sangat boleh tambah air
dah masak hidangkan dan makan

Ketam ni en.suami beli masa balik kerja semalam, sampai rumah dah pukul 7 kelam kabut aku masak. Asalnya aku nak masak nasi goreng je untuk makan malam tapi dah en. suami bawak ketam kena la terus masak kalau simpan nanti ketam dah tak fresh lagi. Makanya malam tadi makan la kami anak beranak dengan lauk ketam. Ni rahsia tau aku tak reti makan nasi dengan ketam sebab leceh nak mengopak kulitnya jadi ketam tu kuratah-ratah je jawabnya.

11 comments:

Shahriah Abdullah Novelis said...

Salam Huaaahhhh ini besor punya ketamm sedapnyaa masak telur masin.. memang best! sha suka sangat.. makan kat seafood inilah yang sha order.. sedapnya kecur dah ni..:))

Rina Rahamat said...

sy jarang mkn ketam..nk beli takut mahal..brp ringgit ekk ketam bnyk tu?

order ketam kalau mkn kt luar pon x penah..takut kulit je tebal isi takda

Rinna said...

Wow sedapnyaa tgk lauk ketam tuh.. suka makan ketam tapi tu ler..nak menyiang tu yng siksa sikit.. :)

MulutPayau said...

besarnya ketamm..!!!!

gerhana luka said...

dekat port klang banyak ketam nipah ni sekilo RM25 lebih kurang 4 ekor la dapat. sebulan sekali boleh la beli hee...

Cik Ina Do Do Cheng said...

betul tu kat port klang senang dapat tengok musim, dulu pun suami cik ina ada beli ketam nipah . masak black peper pun sodap.

Anonymous said...

Betul ke org ckp ketam ni x bleh mkn sbb dia bleh hidup dua alam...

Anonymous said...

sila rujuk kepada hukum memakan ketam nipah

Anonymous said...

Berhati2, ketam nipah hidup 2 alam.

Anonymous said...

Ketam nipah cengkerang lebih tebal dari ketam bunga (ketam laut), harga ketam nipah sebanding ngn ketam laut. Ketam saiz besar dapat dlm 3-4 ekor skilo, saiz sedang 4-5 ekor skilo. Isi ketam laut lebih lembut dan bertekstur, tahap kesenangan handle n makan : ketam laut lebih mudah untuk di makan, secara keseluruhan: ketam bunga a.k.a ketam laut menang. Tak caye? Cuba kedua-duanya. From: anok trengganu sokmo

zura said...

Yang haram tu ketam batu..