Tuesday, 10 July 2012

Masuk 5 Bulan Dahi Benjol

Assalamualaikum,


 meja Along jadi tempat lending paling best untuk Dak Tecik

Dak Tecik ni dah pun masuk 5 bulan, cepat betul masa berlalu rasa macam baru semalam lahirkan Dak Tecik yang tembam ni. Sekarang Dak Tecik dah mula belajar merangkak dan duduk menyenget. Baru mula nak merangkak dah macam-macam yang nak diterokanya. Dak Tecik paling suka masukkan semua benda dalam mulut, pantang nampak wayar terus nak tarik-tarik masuk mulut. Aku lepaskan Dak Tecik bebas meneroka rumah tapi letak atas toto yang kubentang kat lantai siap dengan toto sekali Dak Tecik makan. Dalam usia macam ni la yang letih sikit apa taknya sedar-sedar jer Dak tecik ni dah terlepas merata-rata mengemop lantai guna badannya. Dak Tecik ni pantang nampak benda atas lantai laju je dia nak capai masuk mulut tu yang kena berjaga-jaga, siap pesan kat Along ngan Abang jangan sepahkan barang-barang kat lantai nanti Dak Tecik makan.


ciann Dak Tecik ni syediih

Malam tadi tengah syok tengok tv Dak Tecik pun syok nak belajar merangkak, sekali terlajak merangkak dahi Dak Tecik tertomos kat lantai haaa... benjol sikit mujur hari ni benjol hilang berkat cepat-cepat di tuam. Mama elok-elok letak Dak Tecik atas toto dia sibuk nak merayap jugak atas lantai kan dah sakit dahi.

6 comments:

ibh_sue said...

Cepat betul masa berlalu kan. Tau2 dah 5 bulan. memang tembam betul dia ya. Geram betul..nak gomol2 ja rasanya..Heee

Rina Rahamat said...

dak tecik comel dan tembam..kalau anak-anak sy jatuh pastu benjol sy tuam dgn ais..spy saluran darah x mengembang..

Unknown said...

ala tomey nye die,ala benjol sikit tkpe tu tanda nya biasa lah anak yg aktif tu sihat kan,kalau anak yg diam je itu yg akak susah hati takut sakit ke ape kan..

gerhana luka said...

Sue, mmg cepat je rasanya kan.. jgn kan ko kalau anak buah aku dtg mmg digomol2nya Dak Tecik ni.

Rina, mmg saya simpan benda penuam dalam esbox sbb anak2 saya yg lasak2 ni kalau jatuh mesti nak kena tuam dengan benda ni. panggil apa ke namanya kat cosway ada jual.

Kak Noor, mmg aktif anak2 ni waktu tidur je baru diam, setakat demam sikit pun boleh lagi dorang melasak.

Acik Erna said...

salam GL..siannya dia..sedih sangat tapi tetap comel

Shahriah Abdullah Novelis said...

Alolooo comeynya dak tecik tuuu.... dah nak belajar merangkak ya.. waduhh ni memang tengah sibuk nak awasi dia aje ni.. lantai nak kena bersih kang nampak apa semua masuk mulut hehee.. dah tersondol lantai yee.. tak pe.. tak pe.. sok dah dapat kaki siaplah memanjat pulak.. :) sabar ajelah mummynya ya...