Wednesday, 8 February 2012

4450g = 4.450kg

Assalamualaikum

Tepat jam 0301 hari ahad 5 febuari 2012 bersamaan 12 rabiulawal 1433 hijrah seorang bayi perempuan seberat 4.450kg selamat dilahirkan. Sebaik tiba di PAC Hospital Besar Tengku Ampuan Rahimah bukaan dah mencapai 8cm bermakna dah nak bersalin sesangat. Sempat jugak la nurse tu bagi ceramah sebab lewat sangat datang. Mau tak lewatnya mana nak melayan anak manja yang tak mo tido terpaksa la tunggu sampai dia tido baru boleh gi hospital. Sebab lain lewat sebab tak rasa sakit sangat macam yang sebelumnya, ingat awal lagi la tak sangka plak dah sampai masa mujur tak bersalin dalam kereta.

Rasa kelakar plak bila nurse berlari2 tolak troli aku gi dewan bersalin, suami aku gelabah semacam ingat ada apa2, rupa2nya aku dah nak bersalin sangat2 amek ko. Bukan senang nak dapat pengalaman bersalin mudah camni agaknya berkat hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W hari tu makan senang je aku nak bersalin. Dua orang anak sebelum ni aku rasa ngeri je sebab sakit yang berpangjangan sampai kena bedah dan kena forseps. Alhamdulillah kali ni mudah, terima kasih kepada Allah S.W.T yang mempermudahkan segalanya untuk aku dan terima kasih pada mereka yang sama2 mendoakan aku.



Tapak kaki sebesar 2 jari ibu



sejurus keluar dari dewan bersalin 



5 jam selepas dilahirkan



Seusia 3 hari

Baby girl ni jadi tumpuan sebab kecubbiannya sejak dalam dewan bersalin lagi, mau taknya 4.45kg tu pipi je dua kilo hee...kot2 pipi 2kilo.

4 comments:

Rinna said...

Subhanallah.. Comelnyaa.. baby.. Tahniah dpt baby gal.. Moga dah besar nanti menjadi anak yang solehah.. :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

Subhanallah, comel geram, rasa nak cubit pipi di. tahniah selamat semuanya.semalam cik ina sms ko.

Rina Rahamat said...

Tahniahhhh!!! Comellll gilakkkssss itu baby.


Ms sy nak bersalin dulu pon smpi spital dh buka jalan banyak..7 cm..

Irfa said...

tahniah :)
suka tgk baby fresh from oven
slmt berpantang ye